IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, April 18, 2012

HINA PERTABALAN AGONG, PAKATAN TERUS KETAR DAN TERKUCIL!!!

Wednesday, April 18, 2012

Dalam kebanyakan masa dan isu terutama yang membolehkan Pakatan memanipulasikannya, Suruhanjaya Siasatan akan didesak untuk ditubuhkan. Pelbagai alasan dan ulah yang akan dilakukan oleh Pakatan agar tuntutan mereka dipenuhi biarpun isu yang mereka timbulkan itu tidak munasabah.

Namun berbeza apabila isu yang tercetus dilihat bakal meranapkan Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi kalau isu berkenaan membabitkan kebobrokan perangai para pemimpin Pakatan yang pandai mengata pemimpin UMNO sedangkan tahi mereka di punggung pun, berselepet dan bercelomes!

Suara Azmin Ali, Tian Chua dan Khalid Samad tidak kedengaran langsung. Sebaliknya yang bercakap adalah Khalid Ibrahim, sang Menteri Besar tak berguna Selangor. Bukannya meminta maaf atau mendesak agar siasatan dilakukan untuk membersihkan nama ketiga-tiga orang pemimpin kanan Pakatan itu, sebaliknya Khalid Ibrahim dengan sombong menyatakan bahawa isu berkenaan adalah remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

Pada masa yang sama, ada pecacai Pakatan yang cuba memanipulasikan suasana tersebut dengan menyatakan tidak salah bercakap semasa majlis tersebut. Malah ada pula pecacai yang cuba melangkau lebih jauh dengan menempelak kononnya raja bukanlah Allah Taala. Justeru tidak wajar Allah Taala disekutukan dengan raja dan sultan.

Sama ada mereka tidak faham atau sengaja cuba memintal cerita, dalam kes ini tidak ada sebarang kena-mengena dengan penyengutuan kepada Allah Taala. Si pecacai tersebut sepatutnya memikirkan tentang kesyirikan yang dilakukan oleh setiap ahli politik tanpa mengira serban atau kopiah hitam yang seringkali bercakap bedar tentang kuasa, malah menolak qada dan qadar Allah Taala sepertimana yang berlaku di Perak.

Mungkin juga si pecacai tidak faham antara maksud sopan dengan maksud protokol. Kalau untuk mengadap Menteri Besar Selangor pun perlu melepasi pelbagai sekatan danapabila berada dalam majlis rasmi mesti ikut protokol. Itulah sebabnya manusia dijadikan sebagai manusia, bukanya sebagai haiwan yang tidak tahu protokol sesama sendiri. Alangkan haiwan punada hierarki yang perlu dipatuhi walaupun ianya bukan kanun bertulis, inikan pula manusia.

Remeh atau tidak, yang sangat nyata Pakatan memang sudah terketar-ketar dan cuba melarikan isu!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels