iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, April 14, 2012

MASIH LAGI TIADA SUARA PAKATAN RAKYAT BILA ANGGOTA POLIS DIGILIS SAMPAI MATI!!!

Saturday, April 14, 2012

BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis yang sedang mengejar sebuah kereta, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori di Permatang Tinggi, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata ketika kejadian pada 8.45 malam itu, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang bertugas di Balai Polis Machang Bubok, mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan semasa sedang meronda bersama rakan setugasnya dengan masing-masing menunggang motosikal.

Nan Ruazlan memintas kenderaan berkenaan bagi menahan dan memeriksanya dan ketika menghampiri kenderaan itu, pemandunya, seorang lelaki, memecut kenderaannya lalu bergesel dengan motosikal mangsa.

"Akibat kejadian itu, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar pembahagi jalan dan beliau (Nan Ruazlan) terpelanting di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori yang lalu di kawasan terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat jenazah mangsa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), malam tadi. (SUMBER)

Membaca berita di atas membuatkan hati terasa sebak. Apakan tidak, anggota polis tersebut maut ketika menjalankan tugas. Dan tidak ramai yang benar-benar menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh anggota polis itu dengan meletakkan nyawa dan batang tubuhnya sebagai sandaran.

Sedangkan pada masa yang sama, terdapat pihak yang sentiasa memperkecil-kecilkan dan menghina tugas anggota polis. Anggota polis seringkali disifatkan sebagai ANJING UMNO dan BARUA kerana sifat mereka yang menjaga keamanan negara. Anehnya, tiada seorang anggota polis pun mahu mogok atau memboikot pihak yang mengata-ngata serta memperlekehkan mereka.

Bayangkanlah kalau yang digilis dan maut itu adalah seorang lelaki awam dan bukan Melayu manakala yang menggilis itu pula adalah seorang anggota polis.

Agak-agaknya hari ini ada atau tidak, N.Surendran, Sivarasa Rasaiah, Lim Guan Eng, Tian Chua atau Tony Pua yang berkampung di hadapan Bukit Aman, menunjuk perasaan dan mendesak agar tindakan segera yang keras diambil terhadap anggota polis itu.

Mengapa agaknya tiada sebarang suara pun membela anggota polis malang tersebut dan mengecam si pembunuhnya walaupun pada masa yang sama, polis jugalah yang menjadi tempat mengadu apabila mereka berasa terancam atau mahu pihak lawan mereka berasa gerun?

Walaupun kehilangan seorang anggota, namun pastinya warga PDRM tidak akan patah semangat untuk meneruskan tugas dan amanah serta tanggungjawab biarpun nyawa dan harga mereka terlalu murah pada pandangan orang awam serta orang politik. Mereka akan terus berkhidmat kepada masyarakat, biarpun gaji yang mereka terima saban bulan sebenarnya tidak mampu membayar walau 0.000001% berbanding nyawa yang mereka sendiri gadaikan. Mereka akan terus memikul tanggungjawab dengan rela hati walaupun pada masa yang sama, tugas mereka itu dicemuh oleh puak-puak Pakatan Rakyat!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels