Aktres seksi jelita China, Meng Qian dicabul oleh seorang peminat yang gagal menahan berahi dalam satu rancangan TV yang disiarkan secara langsung.
Dalam siaran terbaru rancangan bual bicara itu, seorang peminat fanatik meminta autograf Meng dan sewaktu menuju ke arah aktres itu, dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu bersalam.
Namun apabila peminat itu berada di hadapan Meng, dia tiba-tiba meramas payudara aktres tersebut yang pada ketika itu memakai baju yang mendedahkan bahagian dadanya.

Yang menariknya, rata-rata pengguna internet memberikan komen dengan menyatakan bahawa peminat gila seks itu "seorang lelaki yang bertuah" dan bukan mencemuhnya kerana berbuat demikian.
ULASAN TFK:
Dewasa ini, kaum penghibur di Malaysia dilanda dua jenis demam... satu demam masuk PAS bagi mereka yang kelihatan seperti sudah insaf tetapi makin teruk pula mulut dan hatinya. Manakala satu lagi demam ialah bersungguh-sungguh ingin mendedahkan batang tubuh mereka bagi mendapatkan perhatian serta tawaran mencurah-curah.
Menariknya, golongan penghibur ini menjadikan perbuatan mereka sebagai satu hiburan semata-mata. Yang masuk PAS atau PKR, sibuk mencari salah kerajaan kerana masalah yang menimpa mereka, padahal sebagai orang yang sudah 'insaf' seharusnya mereka tahu, tiada sesiapa pun yang akan menanggung kesalahan yang telah mereka lakukan. Tiada sesiapa yang akan ditanya apa yang orang lain telah lakukan, melainkan orang itu sendiri yang perlu menjawab setiap amal dan perbuatannya.
Golongan yang gemar mendedahkan batang tubuh mereka pula menjadikan alasan yang mereka bukannya jahil dalam bab agama, cuma mereka hanya mahu menikmati zaman muda selain memenuhi kehendak komersial.
Barangkali kalaulah insiden di atas berlaku di Malaysia, tentu ramai kalangan penghibur baik penyanyi atau pelakon yang rata-ratanya adalah kelihatan seperti orang Melayu-Islam, keseronokan dan melenjit-lenjit kerana mereka glamour dalam sekelip mata sahaja.
Tidak mustahil juga sekiranya, mereka sengaja menjadikan insiden itu sebagai satu insiden penganiayaan kepada mereka kerana ianya boleh melonjakkan mereka menerusi simpati masyarakat sepertimana yang dilakukan oleh artis-artis yang sekarang ini sibuk bercakap serta berceramah di pentas-pentas politik!!!




0 comments:
Post a Comment