IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, April 27, 2012

NIZAR JAMALUDDIN DISAHKAN SAKIT OTAK!!!

Friday, April 27, 2012

Nama Nizar Jamaluddin sebelum PRU12 tidaklah popular mana pun. Malah suaranya pun tidak pernah kedengaran dalam mana-mana Muktamar PAS. Hanya setelah gabungan DAP-PKR-PAS yang pada ketika itu belum dinamakan sebagai gabungan Pakatan Rakyat, ketiadaan pemimpin yang diperkenankan oleh istana sebagai calon Menteri Besar, akhirnya melonjakkan nama Nizar Jamaluddin.

Nizar hanya menjadi popular menerusi perangai huduh dan hangguk-hangguknya kepada Ngeh-Nga terutama dalam pemberian tanah 999 tahun kepada kampung baru-kampung baru yang merupakan penempatan bekas penyokong komunis pada zaman darurat dahulu.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Nizar kepada Najib Abdul Razak, nyata menunjukkan kebimbangannya tentang nasib yang sedang menantinya. Nizar cuba menggunakan kaedah komunis untuk menimbulkan kemarahan. Kalau zaman British dahulu, komunis menggunakan isu tentang penjajahan walaupun mereka sendiri sebenarnya ingin menjajah negara ini untuk dijadikan sebagai Republik Rakyat Malaya yang berkiblatkan Mao Tse Tong.

Barangkali dendam komunis yang mengalir dalam tubuh Ngeh-Nga, terjangkit pula kepada Nizar Jamaluddin sehingga di atidak segan silu menuduh tentera akan digunakan oleh Najib untuk menggulingkan Pakatan sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13 nanti. (
BACA DI SINI)

Sama ada Nizar sedar yang dia sebenarnya cuba mencetuskan sesuatu yang bersifat menyerang angkatan tentera Malaysia atau sebaliknya, Nizar Jamaluddin sememangnya seseorang yang sudah disahkan sebagai orang sakit otak.

Politik keterlaluan yang diamalkan dan ditunjukkan oleh Nizar Jamaluddin adalah sesuatu yang amat merbahaya. Setelah polis. badan-badan awam dan sistem kesultanan diserang oleh Pakatan Rakyat, Nizar Jamaluddin cuba mendahului kawan-kawannya dalam Pakatan. Biarpun di sebalik kata-katanya, kononnya angkatan tentera tidak akan menyebelahi Najib Abdul Razak dalam rancangan kudeta atau rampas kuasa menerusi 'bisik-bisik' pegawai tinggi tentera kepadanya, namun Nizar Jamaluddin secara sah memang ingin melibatkan tentera dalam kempen Pakatan merampas Putrajaya.

Sudah tentulah siasatan perlu dilakukan dan dilaksanakan terhadap Nizar Jamaluddin, walaupun dia mungkin akan memberi alasan semuanya itu hanyalah lawak jenaka semata-mata, namun permainan yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin sangat merbahaya.

BERSIH 3.0 mungkin satu perkara, tetapi cubaan untuk menarik angkatan tentera dalam satu kegilaan kuasa seperti yang ditunjukkan oleh Nizar Jamaluddin adalah jauh lebih gila dan amat merbahaya!!!


0 comments:

Blog Archive

Labels