IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, April 11, 2012

ROZITA SAHKAN PERKAHWINANNYA DENGAN DATUK K DAN DEDAHKAN GAMBAR PERKAHIWNAN MEREKA!!!!

Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya desas desus perkahwinan Rozita Che Wan dengan Datok K telah terbongkar dengan tersiarnya gambaq mereka berdua. Gambar tersebut telah di dedahkan oleh Rozita sendiri kepada wartawan yang hadir dalam sidang akhbar yang di adakannya petang kemarin bagi menjelaskan segala desas desus mengenai dirinya dan Dato K….

Menurut Rozita perkahwinannya dengan Dato K adalah di buat atas pilihan dirinya sendiri bukan paksaan dari sesiapa. Maka beliau berharap segala khabr angin yang melanda seminggu dua ini akan terjawab dengan pengakuannya itu.

Rozita yang turut di temani suaminya Datok Kumar juga telah memberi gambar intim dengan suaminya di bawah sebuah pokok di depan rumah mereka kepada wartawan yang hadir.

Gambar intim Dato K dan isterinya Rozita Che Wan yg di ambil oleh cucu Dato K mengunakan kamera hangphone di bawah pokok hadapan rumah mereka.

Dalam 1 perkembangan yang lain Kakak kepada laki Siti Norhaliza telah menawarkan wang RM100ribu kepada sesiapa yg dapat membuktikan kebenaran adiknya si K telah berkahwin dengan janda meletup yang bergetah lagi mengiurkan iaitu pelakon Rozita Che Wan.


ULASAN TFK:
Berita-berita tentang dunia hiburan memang mendapat perhatian daripada orang ramai sekalipun tidak ramai yang gemar dengan perangai serta kelakuan mereka yang terlibat dengan dunia hiburan. Pelbagai event besar yang mendapat promosi besar-besaran, menjadikan golongan penghibur seringkali terlupa yang mereka juga manusia yang memijak tanah untuk hidup, bukannya terapung-apung di udara.

Dek kerana itulah juga, pada masa yang sama, pelbagai berita dikarang untuk golongan berkenaan. Kalaupun bukan untuk tujuan yang serius, sebaliknya lebih bersifat santai, sindiran, mahupun olok-olokan seperti berita di atas, namun ia tetap akan dipandang, dilihat, diperkatakan malah dijadikan isu.

Kebelakangan ini, ada pihak yang begitu gembira apabila golongan penghibur terutama mereka yang sudah mulai malap bintangnya, mula bergiat cergas di pentas-pentas ceramah dengan menyalahkan pelbagai pihak bagi kemalapan yang mereka hadapi.

Tidak dinafikan, golongan penghibur boleh menjadi daya tarikan untuk sesebuah parti politik mendapat perhatian serta sokongan daripada orang ramai. Namun apabila golongan berkenaan diletakkan di puncak kemasyhuran politik, dengan pengalaman mereka sebagai sandaran, ia sememangnya sesuatu yang amat malang kerana sebahagian besar daripada golongan penghibur ini tidak mencerminkan kehidupan sebenar rakyat marhein.

Namun yang paling malang ialah apabila golongan yang suatu ketika dahulu mengecop golongan penghibur sebagai golongan pemastautin tetap neraka, kini berlumba-lumba pula mengucup, mengangkat, memuji dan memuja golongan penghibur yang kini berpihak kepada mereka, bahkan menasihatkan rakyat Malaysia agar mencontohi golongan penghibur yang dikatakan telah insaf itu!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels