IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, April 25, 2012

SAMA SAJA PERANGAI ARTIS YANG SUDAH INSAF DENGAN PEGAWAI KERAJAAN YANG BERPOLITIK ISLAM!!!

Wednesday, April 25, 2012

Seimbas lalu..

Aku kisahkan kisah ada artis2 yg "insaf" atau telah mendapat "hidayat" lalu memeluk PAS..PAS bakal menyelamatkan aqidah mereka, PAS jadi asbab terjaminnya mereka ke syurga Allah swt..mereka kemudian memusuhi UMNO, seolah2 UMNO lah yg "menyesatkan" mereka selama ini. UMNO juga dipercayai bakal merosakkan dan menyesatkan anak2 mereka kelak..oleh itu UMNO mesti dimusnahkan dan ditentang habis2an. Mereka bukannya "tersesat" oleh perbuatan mereka sendiri, mereka tidak menzalimi diri mereka sendiri, mereka juga tidak menzalimi anak2 mereka sendiri, mereka tidak aniaya diri mereka sendiri..tapi sebaliknya yg bertanggungjawab ialah UMNO!! kerana UMNO biakan mereka berlakon, biarkan mereka terkinja2 diatas pentas..biorkan mereka lalai dalam kehidupan glamor seorang artis..,

Tapi mereka penuhkan tembolok mereka dari suapan2 UMNO, ada yg mewah, ada yg melarat..yg mewah kabor tu semua usaha mereka sendiri, rezki dari Allah swt bukan dari UMNO, ..yg melarat, spt biasa UMNO ler puncanya. Bila melarat atau tersungkur, tidak pulak kerana takdir atau kifarah dari Allah swt, tidak pula ketentuan dari Allah swt atau dari kesilapan dan kecuaian diri sendiri..tapi dari UMNO!!.

Pempin2 PAS sendiri, keluarga mereka juga kecapi kehidupan yg lebih baik berbanding pada tahun 60'an, 70'an, 80'an...apakah PAS yg suapkan atau UMNO perlu disalahkan. UMNO perlu disalahkan kerana mereka tak cukup mewah yg mana sepatutnya lebih mewah lagi. Hak mereka kabornya..dalam menikmati "hak mereka"..ahli2nya pula diminta menolak "hak2 mereka", kononnya apa2 dari kerajaan adalah haram..duit yg bercampur aduk ngan sumber2 haram yakni cukai arak dan judi!! Mereka jadi MP, jadi DUN..tak pernah dengor lagi mereka pulangkan semua duit kerajaan..atau Kelantan menolak wang dari kerajaan pusat..pernah dengor ke?

Tu kisah artis2..yg telah insaf!!
_______________________________________________________________________________
Kisah pegawai2 kerajaan, pegawai2 swasta, ahli2 akademik, kontraktor2, usahawan2, tokoh2 korporat, professional yg juga telah "insaf".

Mereka baru belajor2 simpan janggut barang sejemput..ada pasal usia dah meningkat walaupun hati masih lagi nak "enjoy" namun apakan daya tak sehebat si Anugerah Tuhan..mula jinak2 kesurau..mula dikenali sebagai ahli surau dan masjid..mula pegang jawatan2 dalam masjid dan surau..
Ada yg ok..teruskan beribadat, lupakan kisah silam dan anggapnya telah berlalu..dan no komen..pasal dia masih ingat siapa dia sebelum ini. Masih banyak hutang pada agama, bangsa dan negara!!

Ada yg cuba menunjulkan Islamiknya..berpandangan Islamik..leh petik beberapa petikan dari ayat2 Allah swt dan beberapa hadis..cuma kebanyakkannya ayat2 tersebut dan hadis hanya menjuruskan pada pihak tertentu dan tidak pada pihaknya. Pihaknya atau dirinya sendiri tak perlu, kerana dia dah insaf dan Islamik..seolah2 syurga dah dijamin utknya!!

Ada yg tidak Islamik, tapi inginkan kebebasan..penuh ngan impian idealisma, liberalisma, kesemarataan, keadilan sejagat..(bagi mereka agama juga adalah penghalang pada idealisma ini dan agama juga menyekat dan membantutkan kemajuan dari segi minda dan material)..Mereka pejuangkan kesemarataan, keadilan, pengagihan kekayaan secara telus dan adil..tapi ajaibnya, mereka sendiri tidak mahu disamaratakan dan agihkan kekayaan yg mereka miliki..MILIK MEREKA ADALAH MILIK MEREKA, MILIK ORANG LAIN SEPATUTNYA JADI MILIK MEREKA DAN RAKYAT!!
Mulut mereka..sering melaungkan..rakyat dizalimi, rakyat ditindas, rakyat disekat kebebasan, rakyat dirompak.

Jika Robin Hood pun..gi rompak dan bagi pada rakyat, Robin Hood dan rakan2nya tak ambil pun cuma sekadar perlu. Ni sama2 rompak...bahagian dia adalah bahagian dia, tapi bahagian kawannya suruh diagihkan. Dari mana perbelanjaan keluar negara dan kos perbicaraan yg ambil masa yg gitu lama diperolehi..duit sapa? Dan berapa banyak wang dari poket pempin2 mereka dilimpahkan pada rakyat dan hanya ambil sekadarnya? Dengor2 bila menang pilihanraya ramai dah bawa Mercedes!! Mercedes atau sewaktunya bukanlah kereta rakyat!!
Yg sioknya..masih merayu minta ahli2 menderma!!! atas nama perjuangan, atas nama keadilan, atas nama jihad!! ( ada pempin yg dah arwah pun, rumahnya dipecah masuk..barang kemas dilaporkan hilang bernilai RM 200,000-anggaran) wowwww..

Profesional2, ahli2 akademik, pegawai2 kerajaan, pegawai2 swasta, tokoh2 korporat, tenaga2 pakar, dsb..yg dah berusia 40'an keatas...ada ramai yg dah jadi jutawan..kamu semua adalah produk DEB..cubalah kira berapa jumlah wang dibelanjakan utk lahirkan kamu semua??

Dulu, keputusan peperiksaan penilaian 3A pun dapat masuk asrama!! kemudian dapat grade 1 agg 24 -sempadan je..pun leh gi oversea!! Ada masa kat asrama macam setan..masa kat oversea pun macam setan..Semua pengawas, warden dan guru2 dikatakan penghalang kepada kebebasan mereka..
Dalam 100 orang ditaja keasrama..mungkin 10% gagal. Tapi kos 10% yg gagal ni sama je ngan kos jika mereka berjaya. Gitu juga 100 dihantar keluar negara dan university tempatan ..mungkin 10% telah gagal. Kos tetap sama. Ada sesapa yg tahu berapa kos secara total..kos perbelanjaan pelajaran, kos infrastruktur dan kos2 pengurusan dari tahun 70'an sehingga akhir 80'an?
Ada yg pernah bersama2 ngan aku..dulu digelar kutu landak, sampah masyarakat..panggil pengawas2 dan warden sebagai anjing..bakar almari, musnahkan peralatan sekolah, dan macam2..
Tapi kami tetap dapat bantuan..sekolah 100% ditanggung oleh kerajaan..dapat pocket money lagi..mak pak tak perlu keluar duit pun. (Tapi mak pak ada gak yg bagi duit saku)) ada diantara kami yg berasal dari hulu2 belaka..
Kini ramai diantara kami..ada yg sekadar cukup yakni tak de ler melarat..ada yg benar2 berjaya..dan ada yg dapat gelaran "Datuk"..ada yg ada jutaan ringgit!!
Ada yg kini mendabik dada..dan kata kerajaan zalim, kerajaan bodoh..
Mereka dah pandai, mereka dah cerdik..mereka ahli akademik, mereka ahli profesional yg "certified", mereka usahawan yg berjaya, mereka bijaksana..mereka hebat..ada ke kerajaan nak perbodoh2kan mereka..ishhhh!! Kerajaan ibarat orang tua yg hodoh dan nak menumpang tuah spt mana siTanggang ibaratkan ibunya!!
UMNO bangsat..UMNO totok..UMNO dah tak relevan..UMNO hanya layak dibakulsampahkan..sapa2 yg sokong UMNO dianggap bodoh, jahil, sempit pemikiran, totok dan ketinggalan zaman!! Kita perlukan pembahuruan!! We need to change..Yes!! Rakyat perlu berubah, tapi kami perlu kaya dan tak perlu berubah!!
Mereka beri komen dalam bilik2 mereka yg berhawa dingin, diatas kerusi yg empuk, rumah2 yg mahal..
Makan asap, makan air FRU, kena belasah, demo jalanan..kita tunjuk muka dah ler, tu pun satu pengorbanan yg besar demi rakyat!!

Yeob!! bayor ler balik duit rakyat yg kamu dapat percuma dulu ni serta keuntungannya!! Dan jika difikirkan sampai keanak cucu pun takkan berbayor!!

Yeob!! fikirkanlah mak pak kita dulu kais pagi makan pagi..kais petang makan petang!! Gitu berbangga anak mereka dapat belajor sekolah asrama, kemudian gi oversea! siang malam mak pak risau dan bimbang..doa siang dan malam agar berjaya..Bila balik bercuti, gaya mengalahkan omputih..mak pak telan air liur je, nak tegur..takut merajuk dan kecil hati. Tak semayang..mak pak tak leh nak kata apa, maklum ler belajor oversea!! Mak pak senyum bangga tengok anak2 leh faham tengok citer omputih, dan leh cakap omputih tu..
Sekali sekala balik..ditatang bagai minyak yg penuh, tak yah buat keja apa2..makan tidur je!! kesian anak belajor teruk, bagi ler dia rehat..masak sedap2 walaupun dimasa yg biasa makan ala kadar saja!! Harapan mak bapak..Kini ramai antara kami, mak pak telah meninggalkan kami..ada yg sempat rasa sedikit dari hasil kejayaan anak2 mereka, ada yg tak sempat merasa!!

Yeob!! bayorlah kembali kesedihan dan kerisauan mak pak siang dan malam ni..tak mampu nak bagi duit utk belajor tinggi2..bagi modal buat bisnes besor2..cuma mampu menadah tangan mohon dari Allah swt, dan disertai tangisan semalaman.

Islam adalah pusaka Melayu, UMNO adalah pusaka Melayu, Raja2 Melayu adalah pusaka Melayu yg diwariskan kepada kita..

PAS bukanlah pusaka Melayu kerana mereka malu mengaku Melayu..
PAS bukanlah pejuang Islam kerana bersekongkol ngan ajen2 pemurtadan dan kebebasan agama..
PAS bukanlah pemelihara pusaka Melayu kerana mereka bersekongkol ngan mereka yg ingin punahkan pusaka Melayu yakni keSultanan Melayu!!

UMNO..buruknya dan baiknya adalah atas tangan2 orang melayu!! Jika Melayu pelihara agamanya, UMNO akan jadi baik!! Jika Melayu memelihara kesultanannya, kedaulatan Melayu terpelihara..

Mak pak kita bukanlah orang yg bodoh..mak pak kita adalah orang yg taat, orang yg tahu menghargai jasa orang..tahu mengenang budi!!

Harumkan mak pak..ngan terus membalas budi yg telah ditabur!!

Jika UMNO telah rosak!! Baikilah..Jika UMNO telah korup, perbetulkanlah..bukan bunuhnya, bukan menikamnya..bukan tanamnya hidup2.. UMNO adalah harta orang2 Melayu!! pusaka orang2 Melayu..Ni lah Taming Sari!!

Orang bukan Melayu peduli apa!! Mereka cuma tunggu nak buat kenduri je..

Pusaka jika tidak dijaga..dan apabila ia hilang, sibuklah kita kesana kemari menumpang tuah dan sibuk nak mengenal diri..harap ehsan. Ada ke bukan Melayu perkara pasal Melayu? Ada ke bukan Islam perkara pasal Islam? ada ke bukan Melayu perkara pasal Raja2 Melayu?

-aa

0 comments:

Blog Archive

Labels