1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, April 12, 2012

LELAKI DILIWAT DAN DIBUNUH DENGAN KEJAM!!!

Thursday, April 12, 2012

Seorang lelaki yang disyaki mangsa liwat ditemui mati di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Ampang di sini pada Selasa dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.
Mangsa R.Rajesh, 37, ditemui pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang ketika memeriksa bilik yang dihuni mangsa di tingkat lima setelah dia didapati tidak mendaftar keluar dari hotel berkenaan.
Lelaki dari Georgetown, Pulau Pinang itu telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada petang Isnin dan sepatutnya mendaftar keluar pada 2 petang tadi.
Polis ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan hotel, dilaporkan menemui kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dan percaya mangsa telah diliwat.
Menurut sumber polis, imej seorang suspek lelaki yang memasuki bilik hotel mangsa dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup hotel itu dan suspek dipercayai telah meninggalkan bilik berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pada Selasa tidak menolak kemungkinan suspek mengenali mangsa.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

ULASAN TFK

LIWAT kini sudah jadi perkara biasa, bukannya TABOO seperti suatu ketika dahulu. Cerita-cerita liwat tidak lagi membuatkan kita merah muka atau nipis telinga, sebaliknya ia sudah menjadi cerita-cerita yang TOO COMMON.

Mungkin sewajarnya kita berterima kasih kepada Anwar Ibrahim yang merupakan IKON LIWAT utama di Malaysia setelah dia dua kali dibicarakan atas perbuatan liwat. Ditambah pula dengan perjuangan LGBT yang mahukan hak kaum homoseksual tersebut diiktiraf, maka sekali lagi LIWAT mendapat promosi besar-besaran, sekaligus menyebabkan golongan homoseksual menjadi BESAR KEPALA.

Diliwat dan dibunuh... ia bukannya berbeza dengan rogol bunuh. Kelainannya cumalah mangsa adalah lelaki dan pemangsanya juga adalah lelaki....

Dalam hal ini, bernasib baiklah si pemangsa kerana kalau berdasarkan kepada 'fatwa' Hadi Awang, sebarang bukti klinikal dan video tidak akan diterima dan boleh dijadikan sebagai sokongan untuk pendakwaannya.

0 comments:

Blog Archive

Labels