1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, April 30, 2012

TANTAWI FAHAM KE TIDAK PERKATAAN 'LOLOS' DAN 'SERBU'?

Monday, April 30, 2012



Nasruddin Tantawi yang jelas tertekan dengan kesalahan yang dilakukan oleh UNIT AMAL PAS yang berada di bawah pimpinannya, cuba membuat sedikit putar belit yang disangkakannya mampu menjelaskan keadaan, sekaligus membolehkan dia menarik nafas lega dan tidak dipersalahkan berhubung jenayah yang dilakukan oleh anggota-anggota UNIT AMAL PAS dua hari lepas.

Dalam kejadian di KLCC, UNIT AMAL PAS telah merempuh benteng yang dibuat oleh anggota-anggota polis. Anggota-anggota polis yang bertugas sepanjang tengah malam 28 April sehinggalah ke malam 28 April telah menerima arahan daripada Ketua Polis Negara agar berkawal dan bukannya melakukan serangan sebagaimana yang cuba dikempenkan oleh tukang-tukang karut Pakatan Rakyat.

Antara taktik yang dilakukan oleh polis sepanjang penulis bertugas di lapangan, ialah berundur apabila kumpulan perusuh mulai mara. Tiada tangkapan dibuat dari tengah malam sehinggalah ke petang.

Hanya setelah UNIT AMAL PAS membuat rempuhan dan tidak lama kemudian kumpulan perusuh di Jalan Tunku Abdul Rahman mulai menyerang anggota polis sehingga mengakibatkan kemusnahan dan kecederaan kepada anggota, barulah polis mulai bertindak secara minima. Gas pemedih mata dilepaskan di Jalan Tun Perak bagi menghalang serangan yang hendak dilakukan oleh kumpulan BERSIH 3.0 di situ.

Nasruddin Tantawi cuba memberi alasan kononnya, UNIT AMAL PAS yang membuat rempuhan itu sebenarnya adalah untuk meloloskan diri bagi mengelakkan peserta BERSIH 3.0 tidak bertembung dengan anggota polis yang bertugas.

Apalah ke baghalnya Ketua Pemuda PAS memberikan alasan yang sebegitu dangkal.

Apa yang dimaksudkannya sebagai LOLOSKAN DIRI untuk mengelak peserta BERSIH 3.0 tidak bertembung dengan polis? Bukankah itu bermaksud REMPUHAN agar laluan terbuka dan para peserta BERSIH 3.0 boleh melakukan kekacauan di KLCC sepertimana yang mereka lakukan di SOGO Jalan Tunku Abdul Rahman?

Kalau rempuhan itulah yang dimaksudkan oleh Tantawi sebagai LOLOSKAN DIRI, maknanya Ketua Pemuda PAS itu perlu kembali mengambil SPM semula dengan pengkhususan Bahasa Melayu memandangkan dia tidak dapat membezakan maksud LOLOS dan REMPUH.

Namun yang paling penting, Tantawi sebenarnya lebih baik tutup mulut daripada membela kemungkaran ahli-ahlinya yang telha membuat kesalahan bukannya membela mereka dengan putar belit istilah!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels