1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, April 28, 2012

UPDATE BERSIH 3.0!!! AZLI TALIBAN TAK PUAS HATI RUSUHAN TAK CUKUP HEBAT!!!

Saturday, April 28, 2012

Nama Azli Taliban bukannya asing lagi. Setiausaha Dewan Ulama PAS Perak ini sebenarnya adalah seorang yang sangat ekstrim selain kekurangan ilmu pengetahuan. Namun janggut dan jambangnya yang panjang selain serbannya yang berat tidak kurang dari lima kilo, membuatkan dia perasan yang dia adalah seorang yang sangat hebat.

Azli Taliban berlegar-legar di kalangan demonstrator dan mengharapkan rusuhan akan dilakukan dengan secepat mungkin. Malangnya rusuhan dan keganasan yang diharapkan berlaku, tidak menyampaikan hajat dan keinginannya.

Ketika bertembung dengannya di simpang Jalan Tun Perak-Jalan Yap Ah Loy, bersama-sama dua orang pengiringnya, Azli Taliban merungut tentang perjalanan program yang tidak mengikut seperti yang dijadualkan.

"Buat terlalu awal dan langgar arahan!" rungutnya kepada kedua-dua orang temannya ketika mereka berjalan menuju ke arah restoran di bangunan Cahaya Suria.

Kebanyakan yang ditemui turut menyatakan perkara yang sama.

Dari awal lagi, orang ramai dan kaum demonstran sudah berkumpul serta menjerit-jerit selain berlegar-legar. Dengan cuaca terik, membuatkan sebahagian daripada mereka mulai keletihan dan terpaksa berehat di mana-mana yang sempat. Sekaligus pada masa yang sama, mengurangkan jumlah yang hadir di hadapan pemimpin-pemimpin Pakatan ternama.

Kecuali di Jalan Tun Perak iaitu insiden polis melepaskan gas pemedih mata setelah para penunjuk perasaan yang dipimpin oleh UNIT AMAL PAS merempuh benteng polis dan pagar berkawat, tempat-tempat lain agak hambar.

Tindakan pihak berkuasa yang membiarkan golongan demonstran tersebut berlegar-legar, mengurangkan perisa yang dimahukan oleh kumpulan pengacau. Hasutan dan ucapan berapi-api mereka, tidak berjaya menyemarakkan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, di Sogo, kawasan yang ditakluki oleh pendemo dari Kelantan, dilaporkan rusuhan telah berlaku. Sebuah kereta polis telah berjaya diterbalikkan oleh golongan pendemo. Dua orang anggota polis juga telah dicederakan oleh kaum perusuh. Dilaporkan juga, senjata polis telah dirampas oleh pendemo menyebabkan polis mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhati-hati.

Pada masa yang sama, golongan propaganda Pakatan Rakyat sedang membuat cerita tipu tentang 50 orang pendemo cedera dengan dua orang daripada mereka mati akibat lemas terjatuh ke dalam longkang.

0 comments:

Blog Archive

Labels