1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, April 28, 2012

UPDATE BERSIH 3.0!!! DAP BOLEH TERSENYUM SENANG!!!

Saturday, April 28, 2012
Sesuatu yang tidak boleh dinafikan kali ini ialah pembabitan dan 'keberanian' anak-anak muda Cina untuk muncul dalam demonstrasi jalanan yang dinamakan sebagai BERSIH 3.0. Walaupun pada BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0, mereka turut muncul namun jumlah kali ini jauh lebih besar berbanding demonstrasi-demonstrasi terdahulu.

Pun begitu, berbeza dengan golongan Melayu, mereka lebih 'bersopan', lebih matang, dan berpegang kepada matlamat mereka iaitu menunjuk perasaan bukannya melakukan rusuhan.

Sebaliknya penunjuk perasaan versi Melayu yang banyak berkumpul di hadapan Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman yang dipimpin pula oleh Tian Chua dan Hishamuddin Rais, cuba untuk melakukan rusuhan dan kekacauan yang menghasilkan keputusannya, seorang anggota polis terlantar di ICU setelah kereta yang dipandunya dibaling batu mengakibatkan cermin hadapan rtak seribu. Keadaan cermin kereta tersebut telah menyebabkan anggota tersebut terbabas dan hampir melanggar seorang penunjuk perasaan.

Arahan yang diberikan kepada penunjuk-penunjuk perasaan Melayu adalah terus merusuh yang menyaksikan seorang anggota polis dimasukkan ke ICU akibat kecederaan parah. Manakala seorang anggota polis wanita pula telah dibelasah oleh penunjuk-penunjuk perasaan pimpinan Tian Chua dan Hishamuddin Rais.

Bagaimanapun, selepas Ambiga Sreevanasan muncul pada pukul 4:15 petang dan mengarahkan agar perhimpunan bersurai, kebanyakan penunjuk perasaan berbangsa Cina, beransur-ansur meninggalkan lokasi tunjuk perasaan. Yang tinggal hanyalah penunjuk-penunjuk perasaan Melayu yang telah disiap-sediakan untuk melakukan rusuhan.

Pelanggaran benteng polis dan kawat berduri di Jalan Raja Laut berhampiran Dataran Merdeka sebenarnya diarahkan oleh ANWAR IBRAHIM sendiri. (Videonya akan menyusul).

Bagaimanapun, mesin-mesin propaganda Pakatan cuba melakukan pembohongan yang paling melawakkan apabila menyatakan polis yang melakukan provokasi dan mencetuskan keganasan.

Anggota-anggota polis yang telah bertugas dari tengah malam mengawal keamanan, tidak langsung melakukan provokasi dan keganasan. Begitu juga sepanjang pagi tadi, anggota-anggota polis yang ditugaskan juga tidak memberikan sebarang reaksi ganas.

Hanya setelah benteng mereka dirempuh oleh UNIT AMAL PAS selain benteng kawat berduri cuba diranapkan, barulah gas pemedih mata dan semburan air dilakukan oleh polis dengan kadar yang sangat minimum.

Menariknya pada waktu itu sehinggalah azan maghrib berkumandang dari Masjid Jamek, yang giat melakukan onar dan ulah adalah penunjuk-penunjuk perasaan Pakatan Rakyat.

Situasi yang berlaku sepanjang hari ini, sudah cukup untuk membuatkan DAP tersenyum senang. Apakan tidak, kehadiran ramai anak muda Cina sudah cukup untuk memberikan gambaran bagaimana DAP sebenarnya menguasai Pakatan Rakyat, sama ada dengan baju DAP atau menerusi NGO-NGO yang ditaja oleh parti tersebut.

Yang pastinya, DAP telah mencapai kejayaan yang sangat gemilang dalam BERSIH 3.0 sepanjang penubuhan parti tersebut di Malaysia!

0 comments:

Blog Archive

Labels