1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, April 28, 2012

UPDATE DARI DATARAN MERDEKA!!!

Saturday, April 28, 2012

Akhirnya setelah jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, persimpangan Jalan TAR-Tun Perak mula kehilangan tempo dan rentak. Yang beria-ia berkumpul danbersorak, disebabkan hujan gerimis, mulai perlahan-lahan menghindari kawasan berkenaan, sekaligus menunjukkan rentak yang dinainkan tidak bertahan lama.

Dari sekian ramai yang hadir, kebanyakannya adalah pemerhati yang turut ingin menyertai pesta tengah malam di tengah-tengah jalan raya selain wartawan, pengamal media dan anak-anak muda LGBT.

Kawasan Dataran Merdeka sepertimana yang dijanjikan telah dikepung dan dipagari dengan dawai berduri. Jumlah yang kononnya akan duduk danbantah di hadapan pagar berduri di simpang Jalan Tun Perak-Jalan TAR juga nampaknya tifak dapat bertahan lama.

Sangkaan awal bahawa ribuan yang ada di situ akan bermalam sementara menantikan kedatangan rombongan yang lebih ramai pada sebelah siang nanti juga tidak dapat menahan hati.

Rupa-rupanya jenis tak tahan hati semuanya!

0 comments:

Blog Archive

Labels