iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, April 12, 2012

URUT BATIN, RM100 UNTUK BERBOGEL!!!

Thursday, April 12, 2012

“Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ketika bekerja sebagai tukang urut adalah memberi khidmat urutan batin kepada remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang ‘datuk’ berusia 70 tahun.

“Memang menjijikkan, tetapi saya membuat pilihan bekerja di sini kerana mahu membesarkan anak yang kini berusia tujuh tahun,” luah Hani, 29, tukang urut tradisional dan batin yang mendedahkan kisah hidup serta pengalaman di tempat kerjanya, di sini.

Menurut Hani, lebih setahun bekerja di pusat urut berkenaan, dia ditugaskan memberikan khidmat urutan tradisional kepada pelanggan selain sanggup melakukan urutan batin dan berbogel demi mendapatkan wang tambahan.

“Pendapatan bekerja di sini memang lumayan kerana saya mampu meraih lebih RM4,000 sebulan. Sebelum ini hanya bekerja di hotel di Shah Alam dengan pendapatan RM1,000 sebulan namun ia tidak mencukupi bagi saya,” katanya.

Hani berkata, selepas bercerai dengan suaminya yang juga kaki judi pertengahan tahun lalu, dia berhenti kerja di hotel terbabit sebelum bekerja di pusat urut berkenaan selepas memikirkan masa depan dan persekolahan anaknya. -HM

ULASAN TFK

Masalah sosial seperti ini seringkali dilaporkan oleh media-media cetak dan konvensional. Malah diberitakan secara sensasi oleh media-media baru seperti blog. Walaupun mungkin bagi sesetengah pihak, berita-berita seperti ini memalukan selain kononnya mengembangkan budaya porno, namun penyiaran berita-berita sebegini seharusnya memberikan impak kepada sesebuah pentadbiran untuk memperkemaskan lagi struktur pentadbiran serta penguatkuasaan mereka.

Di Malaysia, tidak ada satu undang-undang pun yang membenarkan perlakuan selucah ini. Walaupun Anwar Ibrahim berulang-ulang kali menyatakan bahawa masalah sebegini adalah PRIVASI SESEORANG, dan kenyataan tersebut disokong pula oleh puak-puak LGBT, sebenarnya terdapat undang-undang (sama ada undang-undang kecil mahupun undang-undang syariah) yang menyebabkan mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti ini boleh dikenakan hukuman.

Sesuatu yang sangat meyakinkan kita ialah, kes-kes sebegini sebenarnya berkait rapat dengan teori permintaan dan penawaran. Tinggi permintaan bermakna banyaklah juga kegiatan tidak bermoral seperti ini yang ditawarkan oleh sindiket-sindiket yang ingin mengaut keuntungan besar. Dan kalaupun ramai yang berasa jijik, akan ada segolongan manusia yang sanggup melakukan kerja-kerja ini demi memastikan kocek mereka kembung dengan ringgit!!!

Selangor merupakan sebuah negeri maju. Apabila negeri maju dan kaya, maka secara tidak langsung tawaran untuk kegiatan tidak bermoral sebegini jauh lebih banyak. Pusat-pusat hiburan dengan beraneka jenis hiburan akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, sama ada pusat-pusat hiburan itu berstatus haram kerana tidak dapat permit dan kelulusan dari PBT, atau pusat-pusat hiburan halal yang sudah pasti mahu memaksimakan keuntungan.

Justeru tidak hairanlah, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah melibatkan Selangor dan Pulau Pinang memandangkan di kedua-dua negeri itu, terdapat banyak pusat hiburan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.

Anehnya, setiap PBT mempunyai penguatkuasanya sendiri. Pusat-pusat hiburan tersebut terletak di bawah bidang kuasa PBT. PBT yang memberikan kelulusan premis dan PBT jugalah yang mempunyai kuasa untuk menyita premis yang menyalahi kebenaran yang telah diberikan.

Mengapa agaknya Selangor dan Pulau Pinang enggan membersihkan negeri mereka daripada gejala tidak bermoral ini? Adakah alasan utamanya ialah HUDUD dan QISAS? Atau sebenarnya gejala dan perniagaan tidak bermoral ini didalangi oleh orang penting politik yang membabitkan Kerajaan Negeri?

Amat mustahil apabila difikir-fikirkan yang PBT tidak tahu menahu tentang kewujudan premis-premis yang menawarkan perkhidmatan tidak bermaruah. Walaupun ianya sebuah rumah urut, terdapat peraturan yang sangat jelas tentang larangan kewujudan bilik atau tirai di dalam premis berkenaan. Malah terdapat peraturan tentang dari mana tukang-tukang urut diambil bekerja.

Dan lebih tidak masuk akal lagi ialah apabila ada orang dalam PBT yang memberi alasan mereka tidak menerima sebarang aduan daripada masyarakat setempat tentang kewujudan premis-premis yang menjalankan perniagaan haram itu. Ke mana habis para penguatkuasa yang dibayar gaji? Masakan penguatkuasa hanya sekadar bergoyang kaki di pejabat dan bukannya meronda serta memantau kawasan tadbiran mereka bagi menguatkuasakan undang-undang yang diamanahkan kepada mereka?

Alasan demi alasan boleh diberikan tetapi yang pastinya, di bawah Pakatan Rakyat, cerita-cerita tentang urut batin, tukang urut, pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan urut kaki dan sebagainya, semakin hari semakin bercambah!!!

3 comments:

budakbalun said...

Dari zaman mat taib pun dah ada benda2 nie.. Skrg lak baru korang nampak? Phuiii!

Anonymous said...

negeri perintah pakatan saja yang dia nampak

Anonymous said...

Dan antara pelakunya adala orang melayu yang mengagung agungkan keturunan serta agama.sebaliknya semuanya palsu.babi lebih berakal daripada anda..

Blog Archive

Labels