IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, May 5, 2012

200 ORANG IRINGI JENAZAH BOB KUMAN KE KUBUR!!!

Saturday, May 5, 2012
Orang ramai membantu mengangkat jenazah pelakon dan pelawak popular Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini pada Jumaat. Foto BERNAMA.

SEREMBAN: Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat sini, kira-kira 11.30 pagi Jumaat.

Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis.

Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Ibu pelakon dan pelawak popular Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, Siti Khatijah Yassin, 69, menyiram air mawar ke atas kubur Allahyarham.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam Khamis.

Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik.

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas.

"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon.

Pelakon dan pelawak Saiful Apek yang bersedih di atas kematian rakan baiknya Allahyarham Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman ditenangkan oleh Yassin Senario ketika hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham.

"Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya.

Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan.

"Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - BERNAMA


0 comments:

Blog Archive

Labels