IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, May 7, 2012

BADROL AMIN PERINGATKAN APA DALAM KHUTBAH JUMAAT KALAU PALAT SENDIRI BERJAHAT DENGAN BINI ORANG?

Monday, May 7, 2012

Apabila Badrol Amin disahkan telah memberikan khutbah Jumaat di Masjid Taman Ehsan, sebenarnya ia mencerminkan satu kegagalan dan kepincangan dalam pengurusan serta pentadbiran Islam di Selangor. Walaupun Tuanku Sultan Selangor telah mengeluarkan titah agar masjid dan surau yang berada di bawah pentadbiran MAIS tidak dijadikan markas politik, namun mereka yang telah diamanahkan dengan tugas tersebut mempunyai pemikiran dan destinasi prinsip yang tersendiri.

Dengan kata lain, mereka yang makan gaji dalam MAIS benar-benar makan gaji dan bukannya memegang amanah. Anehnya mereka ini tidak seorang pun yang sanggup meletak dan melepaskan jawatan walaupun mereka juga yang beria-ia hendakkan negara dan pentadbiran Islam.

Kegagalan penguatkuasaan dan amanah yang diberikan kepada puak-puak ini, bukan perkara baru. Mereka pastinya akan menyalahkan pihak pengurusan masjid kerana dipermain-mainkan oleh seorang murakkab tetapi bijak berlakon seperti Badrol Amin.

Namun orang yang paling wajb dipersalahkan adalah Badrol Amin sendiri. Seharusnya orang seperti dia tahu di mana kedudukanya sendiri dan tidak perlu berlakon sebagai seorang manusia yang suci dengan kesanggupan bertukar menjadi manusia alim. Lakonan-lakonan seperti itu telah lama diberitahu oleh Nabi s.a.w tentang manusia serigala yang bercakap tentang agama.

Betapa benarnya sabda Rasulullah s.a.w tentang hal ini. Badrol Amin merupakan contoh dan teladan yang paling baik untuk kebenaran baginda s.a.w.

0 comments:

Blog Archive

Labels