iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, May 4, 2012

BERSIH 3.0 LA KONON... ADA LAGI BUDAK BAHLOL NAK BUNUH POLIS!!!

Friday, May 4, 2012
Budak ini memang mencari masalah besar!

Mungkin dia fikir, dengan menyokong Pakatan Rakyat, maka dia akan bebas daripada dikenakan sebarang tindakan dan sebarang tindakan ke atasnya pula akan dipangkah oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Perangai menyalahkan pihak polis setelah mereka sendiri yang memulakan keganasan, sememangnya amat disenangi oleh Pakatan Rakyat memandangkan polis merupakan musuh utama Pakatan Rakyat yang berhasrat ingin mengucar-ngacirkan negara ini dengan rusuhan dan keganasan.

BERSIH 3.0 bukanlah perkara pertama yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk tujuan tersebut. Sudah terlalu banyak insiden di mana mereka sendiri melanggar undang-undang tetapi akhirnya mereka menyalahkan pihak polis. Bahkan kematian penjenayah juga disalahkan kepada pihak polis kononnya itu adalah kekejaman sedangkan kekejaman si penjenayah itu terhadap golongan yang lebih ramai, tidak pula diperkatakan dan disentuh.

Atau dengan kata lain, golongan ini sentiasa mencari alasan bagi jenayah yang mereka lakukan untuk dipersalahkan kepada pihak polis agar kejahatan mereka tidak diperkatakan atau dihiraukan.

Budak di dalam FACEBOOK ini sebenarnya mempamerkan kebenciannya yang keterlaluan terhadap undang-undang. BERSIH sekadar alat untuk menghalalkan keinginannya untuk hidup dalam dunia tanpa undang-undang dan tanpa tegahan.

Seharusnya pihak berkuasa dengan kerjasama orang ramai mula mengesan dan mengeluarkan budak ini ke khalayak umum. Ramai sebenarnya yang ingin nak tengok muka budak yang mahu BUNUH POLIS.

0 comments:

Blog Archive

Labels