1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, May 7, 2012

'FITNAH UMNO'... ITU SAJALAH YANG BOLEH AZMIN ALI CAKAPKAN!!!

Monday, May 7, 2012

Seperti yang dijangkakan, Azmin Ali tidak mampu menjawab tentang rintihan ibunya, Che Tom Yahya, 78, yang telah disiarkan oleh TV3, dua malam lepas. Sebaliknya Azmin Ali cuba menyalahkan UMNO sepenuhnya dengan menyatakan bahawa ianya adalah FITNAH UMNO.

Kesian Azmin Ali yang mungkin ssangat malu apabila ditanya tentang rintihan ibunya. Apa lagi yang dia boleh katakan kecuali 'FITNAH UMNO' memandangkan itu sajalah jawapan yang mampu terkeluar dari mulutnya.

Kalau hendak dikatakan ibunya berlakon, amat mustahil kerana seorang ibu walaupun pelakon handalan yang menang anugerah sekalipun, tidak akan sanggup berlakon di dalam televisyen untuk menceritakan keburukan anak kandungnya sendiri.

Kalau hendak dikatakan ibunya makan upah UMNO, takkanlah seorang ibu yang telah membekalkan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anaknya sanggup berbuat begitu semata-mata untuk menyenangkan hati sebuah parti yang sebenarnya tidak ada kena-mengena langsung dengan masalah keluarga Allahyarham Haji Ali itu.

Kalau hendak dikatakan, ibunya telah disihir untuk menuturkan ayat 'SELAGI TIDAK MENINGGALKAN KUMPULAN ITU, SAYA MATI PUN TAK PAYAHLAH NAK ZIARAHI' amat mustahil. Sang ibu, walau semarah mana pun kepada anak kandungnya, pastinya mencita-citakan kewujudannya terakhir di dunia ini disempurnakan oleh anaknya terutama ketika liang lahad masih lagi belum ditimbus tanah.

'FITNAH UMNO' sebenarnya sudah menjadi satu trauma dan fobia kepada Azmin Ali. Masalah keluarga dan masalah peribadinya yang cuba dipindahkan kepada UMNO sebenarnya semakin menyerlah perangai dan dirinya yang sebenar!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels