IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, May 12, 2012

ISU HUDUD DIMAINKAN LAGI DENGAN KARPAL SINGH SEBAGAI 'KAMBING HITAM'!!!

Saturday, May 12, 2012

Nampak gayanya PAS semakin terdesak untuk kembali mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu yang semakin bosan dengan ketepuan kepimpinan parti tersebut untuk terus berada dalam arus perdana politik tanahair.

Sama seperti taktik-taktik sebelumnya, HUDUD dan QISAS akan menjadi umpan paling mujarab apabila PAS mula melihat kehilangan sokongan akar umbi kepada mereka. HUDUD dan QISAS akan kembali diperkatakan. Sekaligus akan memberikan petunjuk kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang mula hilang keyakinan, PAS masih lagi berjuang untuk membentuk sebuah Negara Islam yang mengamalkan hukum hudud dan qisas apabila diberikan kuasa.

Lakonan dan drama Pakatan Rakyat sememangnya KELAS A. Tiada mana-mana pihak di negara ini yang dapat menandingi sandiwara dan lakonan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Cuma agak keterlaluan apabila HUDUD dan QISAS dijadikan sebagai bahan lakonan para pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak perlulah menjadikan Karpal Singh sebagai KAMBING HITAM untuk memperlihatkan bagaimana DAP menentang HUDUD dan QISAS bagi meyakinkan para pengundi Melayu kononnya PAS bekerja untuk Islam, walhal dalam segala hal PAS memang bekerjasama dan menjadi konco rapat DAP.

Menimbulkan kemarahan orang Melayu-Islam bagi memastikan PAS mendapat sokongan pada PRU kelak, tidak akan ke mana-mana. Sekarang bukan zamannya untuk menipu memandangkan rata-rata para pengundi sudah celik dan terbuka akal mereka.

Mungkin ia akan berbeza sekiranya PAS tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan PKR. Mungkin sokongan perlu diberikan kepada PAS sekiranya PAS berani menyatakan bahawa mereka tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Namun beranikah PAS berbuat begitu?

Sudah tentu tidak, sebaliknya PAS hanya berani berlakon, berlakon dan terus berlakon sekalipun menjadikan HUDUD dan QISAS sebagai bahan lakonan dan lawak jenaka!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels