1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, May 13, 2012

KALAU JALANRAYA PUN TAK TERSELENGGARA, MACAM MANA BOLEH BELA NEGERI?

Sunday, May 13, 2012
Mungkin kerana terlalu alpa dengan permainan politik dalam partinya sendiri, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan terlupa untuk mengambil tahu tentang struktur jalanraya, jambatan awam atau kemudahan infrastruktur lain yang melibatkan kesejahteraan rakyat Kedah.

Perkhabaran terbaru dari beberapa penduduk Sungai Kob, di mukim Karangan, Kulim, memberitahu bahawa jambatan yang menghubungkan jalan utama ke pusat pembuangan sisa pepejal di kawasan tersebut mendap teruk.

Akibatnya, pihak berwajib yang ditugaskan untuk menyelenggara dan memungut sampah di kawasan Kulim dan Bandar Baru dijangka terjejas operasinya akibat mendapan tanah itu.Selain itu, menurut tinjauan kami dengan ramai penduduk di beberapa kawasan utama di Kedah menyaksikan ketidakpuasan hati mereka tentang keadaan jalanraya yang teruk berlubang di sana sini.

Di sekitar Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Jitra, Baling, Sik dan Langkawi, jalan-jalan yang sepatutnya diselanggara oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan terbiar berlubang tanpa dibaiki atau diturap dengan baik oleh pihak berwajib.

Namun begitu, mereka mendakwa bahawa jalanraya persekutuan diselenggara dengan baik dan diturap sepenuhnya jika didapati kurang memuaskan keadaannya.Meskipun Alor Setar dan Sungai Petani merupakan dua bandar utama di negeri ini, keadaan jalanraya di sekitar kawasan tersebut amat menyedihkan.

“Kalau berlubang, kami komplen, depa mai(mari) turap. Tapi depa turap kat lubang tu saja. Tak cukup sebati dengan jalan. Kalau hujan malam tu, confirm lubang tu ada balik esoknya,” kata Gopalan, salah seorang penduduk di Sg. Layar, Sg Petani.... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments:

Blog Archive

Labels