IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, May 9, 2012

KETUA PKR KEDAH CUBA RAMPAS RUMAH WALAUPUN SEBAGAI PENYEWA SAHAJA!!!

Wednesday, May 9, 2012


Berita ini mungkin sudah agak ketinggalan memandangkan kejadian berlaku pada 26 April lalu. Namun apabila ianya membabitkan seorang pemimpin parti politik yang ketika berkempen bukan main lagi menceritakan tentang kejujuran, ketelusan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan kepada setiap orang pemimpin. Dan kononnya, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pun, tiada seorang pun yang dapat menandingi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kalau dengar cerita daripada penyokong-penyokong Ketua PKR Kedah, Wan Salleh Wan Isa, maka yang menyita rumahnya dan memotong bekalan air serta elektrik adalah orang UMNO yang sakit hati dengannya. Kononnya, UMNO sudah terdesak serta sangat takut dengan kekuatan PKR serta pengaruh Wan Salleh Wan Isa yang sedang berkembang di Kedah, khususnya di Langkawi.

Namun hakikatnya, yang menyita rumahnya, yang memotong bekalan air dan elektrik ke rumah yang didiami oleh Wan Salleh Wan Isa adalah PEMILIK SEBENAR RUMAH berkenaan. Wan Salleh Wan Omar hanyalah penyewa di rumah tersebut. Bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan oleh Wan Salleh Wan Isa tidak seperti seorang penyewa sebaliknya tidak ubah seperti seorang lanun yang kerjanya hanya ingin menyamun, merompak dan merampas hak orang lain. ... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments:

Blog Archive

Labels