1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, May 11, 2012

KOMUNIS BAIK HOTAK KAU! SHAM RAIS!!!

Friday, May 11, 2012

Anak-anak muda yang pada pertengahan tahun 1990-an masih lagi berhingus, tidak akan tahu bagaimana Hishamuddin Rais balik ke Malaysia dan bagaimana dia boleh tinggal di sebuah apartment berharga mahal di Bangsar walaupun dia tidak bekerja atau mempunyai sebarang perniagaan. Tiada siapa pun yang tahu dari mana datangnya pendapatan bagi seorang lelaki BACUL sepertinya untuk menyara hidupnya sepanjang dia pulang ke Malaysia.

Yang soheh, kepulanganya ke Malaysia setelah rayuan dan tangisan ibu dan kakaknya yang disiarkan oleh televisyen mengundang jangkaan yang dia akan kembali dengan perangai hodohnya walaupun dia sendiri menyatakan dan berikrar tidak akan melakukan sebarang 'kerja' yang menyusahkan rakyat. Atau dengan kata-kata yang lain, dia tidak akan mengulangi perbuatanya pada tahun 1974.

Tidak ramai yang percaya dengan kata-kata dan ikrarnya. Sebabnya semua orang tahu, Hishamuddin Rais adalah simpatisan KOMUNIS dan berjuang untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara komunis.

Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menunjukkan belangnya. Pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet dan keahlian dalam UMNO kerana salahlaku seksual serta salahguna kuasa membuatkan dia kembali berasa takut. Bimbang dia akan kembali menjadi pelarian dan terdampar di penjara-penjara negara asing termasuklah negara komunis seperti ketika jadi pelarian sebelumnya membuatkan dia kembali jadi pengacau ketenteraman.

Benda busuk, walau ditutup mahupun dihiasi berlian sekalipun, hakikatnya ia tetap benda busuk. Begitulah juga dengan Hishamuddin Rais. Melihat kepada perubahan dalam masyarakat sekarang, dia berasakan sudah sampai masanya untuk dia kembali dengan idealisme Komunisnya. Kempen berterusan seperti mana yang dilakukan oleh Mat Sabu untuk memsongkan pemikiran dan sejarah negara ini melibatkan Komunis, dilihat oleh Hishamuddin Rais sebagai sesuatu yang baik.

Justeru, ulasannya tentang BERSIH 3.0 yang dikatakan telah dipengaruhi oleh Komunis, amat menjengkelkan. Katanya, semua yang hadir dalam BERSIH 3.0 adalah KOMUNIS BAIK.

Di mana agaknya kebaikan komunis? Apakah bukti yang telah disediakan oleh komunis dari zaman Karl Marx, zionis yang sepatutnya beragama Yahudi tetapi memilih menjadi Atheis sehinggalah kepada Lenin, Stalin, Mao Tze Tung, Ho chin Minh apatah lagi Chin Peng dan Mokhtaruddin Lasso.

Hishamuddin Rais sendiri bukanlah contoh yang baik untuk dijadikan teladan. Tiada sebarang pencapaiannya yang boleh dibanggakan. Dia agak beruntung kerana promosi demi promosi yang diberikan kepadanya telah memberikan dia nama dantempat apatah lagi dengan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim.

Komunis adalah perampas, perompak, penjarah dan perogol yang sangat sistematik. Ketika belum berkuasa, mereka akan bercakap tentang rakyat, tentang hak rakyat, tentang pembahagian ekonomi yang adil di kalangan rakyat, tentang pemimpinyang perlu bekerja untuk rakyat tetapi apabila mereka memperolehi kuasa, merekalah syaitan terbesar yang sangat rakus dan membolot kuasa serta kemewahan negara untuk keluarga dan diri sendiri.

Itu yang dikatakan sebagai KOMUNIS BAIK?

Bagaimana pula dengan mereka yang menentang komunis selama ini? Adakah mereka penjahat?

Sepatutnya BAJINGAN TUA ini perlu diajar agar bersopan dan sedar diri bahawa dia bukanya muda lagi. Dia tidak perlu melalak tentang ketidakadilan SPR kerana sepanjang hayatnya dia tidak pernah pergi membuang undi pun!

2 comments:

Anonymous said...

bro,walaupun isham pro pembangkang tp blog tt dpt rating yg tinggi dan dpt iklan byk plak tu,mcm lu ape ade,lu cuma cyber trooper upahan umno je dgn kata lain pencacai bergaji,kah kah kah

Anonymous said...

Kalau ada gaji,papagomo yang femes pun petak muka dengan rocky bru pasal elaun 300k cybertrooper yg dia x masyuk , lagi yg kecik kutu punya blog ni , ntah ada ntah tidak,ketua cybertrooper dia yang nama tun faisal tu pun tak mantol depan isham rais masa debat dalam bfm,chief cybertrooper lu pun takde telor depan isham rais kahkakah

Blog Archive

Labels