IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, May 22, 2012

MENANGIS KONON!!! PIIIRAAHHHH... TERJUN BANGUNAN DULU LA!!!

Tuesday, May 22, 2012

Nak sebut nama makhluk ni pun, terasa jijik benar lidah nih. Nak taipkan namanya di blog ini pun, terasa macam mengotorkan sahaja ruang kosong yang ada. Bukan kerana terlalu bencikan dia tetapi kerana perangai HIPOKRIT KEJAR PROJEK MASUK UMNO, yang selama ini seringkali kerap dikaitkan oleh pembangkang, begitu menebal dengan muka dan perangai mangkuk hayun dari Perak ini.

Beberapa hari lepas, bukan main lagi berkokok dia menyokong DAP. Siap ada bendera DAP. Siap ada jeritan HIDUP DAP! Siap ada ditemankan oleh Nizar Jamaluddin dan Sivakumar Tronoh.

Puncanya, dia tak dapat projek pasir.

Tetapi dengar khabarnya dia ni Gred N48. Maknanya, dia kakitangan kerajaan. Kalau dah kakitangan kerajaan, jadah apa dia merungut dan bising-bising sebab tak dapat projek?

Itu dengar khabar... yang ni sah khabar!

Dia marah sebab sokongannya kepada UMNO selama lebih dua dekad tidak memudahkan dia mendapat projek pasir. Jadi, untuk melepaskan geram, dia marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya dia marahkan Zambry Abdul Kadir menerusi telefon, walaupun akhirnya pecah rahsia, dia sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun!

Semalam, UMNO Perak telah meminta UMNO Pusat untuk memecat keahlian mangkuk hayun itu. Hari ni, mangkuk yang kuat melalak depan kamera, cuba berlakon baik pula. Tapi walau apapun lakonannya, dia sebenarnya telah menempah keahliannya dalam parti selain UMNO.

Eloknya UMNO tidak langsung memberikan ruang kepada makhluk ini. Makhluk-makhluk seperti inilah yang digelarkan sebagai makhluk PARASIT. Biasanya tempat mereka di dalam PKR memandangkan hampir keseluruhan Melayu PKR adalah bekas-bekas Melayu UMNO yang marah kerana projek mereka tertahan!

Dan sebenarnya bukan UMNO sahaja yang berhadapan dengan ahli politik projek seperti ini, sebaliknya kalau dilihat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, masalah yang serupa juga dihadapi oleh parti-parti Pakatan Rakyat.

Di Selangor sendiri, berlumba-lumba makhluk perosak masyarakat masuk Pakatan dan tiba-tiba sahaja menjadi pejuang, memandangkan Selangor berada di tangan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba sahaja mereka jadi kontraktor sampah walaupun sebelum PRU12, ada sesetengahnya hanya penjual suratkhabar.

Masuk politik sebab projek dan seterusnya memekik-mekik tentang rasuah, penyalahgunaan, korupsi, kronisme dan sebagainya bagi menunjukkan kononnya mereka bersih. Padahal kerana mereka tidak dapat projek atau gagal melarikan wang negara seperti Anwar Ibrahim, menyebabkan tiba-tiba sahaja mereka bertukar daripada PENYANGAK menjadi PEJUANG RAKYAT!!!

JOM TENGOK MUKA PENYANGAK INI!!!


0 comments:

Blog Archive

Labels