IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, May 27, 2012

NASIHAT BUAT SALAHUDDIN AYUB.... NAK MENANG JANGAN BAWA ANWAR KE JOHOR!!!

Sunday, May 27, 2012

Insiden Anwar dan Salahuddin Ayub dihalau dari masjid di Pulai Perdana selepas Anwar cuba memberikan tazkirah maghrib, memberikan indikasi penting kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada Salahuddin Ayub yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor PAS yang pertama depanjang tempoh penubuhan parti berkenaan.

Institusi masjid di Johor sangat berbeza dengan institusi masjid di Kelantan mahupun Kedah apatah lagi Selangor. Masjid-masjid di Johor sentiasa dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan keilmuwan selain aktiviti keagamaan biasa.

Salahudin Ayub telah dicampak keluar dari kubu kuat PAS kononnya untuk mengembangkan pengaruh dan membesarkan kejayaan PAS di seluruh negara. Walau bagaimanapun ramai yang melihat tindakan tersebut sebagai usaha untuk membunuh Salahuddin Ayub memandangkan PAS sebenarnya tidak mempunyai tempat di Johor.

Melihatkan kepada reaksi yang ditunjukkan oleh jemaah di masjid Pulai Perdana itu, Salahuddin sebenarnya perlu mengambil inisiatif membelakangkan Anwar Ibrahim. Salahuddin Ayub sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.

Biarpun mungkin dia kurang popular di Johor berbanding di peringkat Pusat, Salahuddin yang turut merupakan salah seorang daripada panel penasihat SPRM lantikan kerajaan, sebenarnya mampu membentuk kekuatan tersendiri di negeri kelahirannya itu.

PAS mungkin sukar menembusi Johor. Namun gerak kerja PAS yang bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan iltizam ahli-ahli tegarnya, lambat-laun akan membuka ruang yang lebih besar di Johor sepertimana yang berlaku di Perak dan Selangor. Bagaimanapun, PAS tidak boleh melakukan kesilapan besar seperti yang berlaku di Perak menerusi perlantikan dan pengangkatan Nizar Jamaluddin yang akhirnya memalitkan najis ke muka dan batang tubuh PAS sendiri.

Salahuddin Ayub seharusnya telah menyedari hakikat bahawa Anwar Ibrahim di Johor, hanyalah cerita dalam bayangan. Mungkin cerita tentang kehebatan Anwar Ibrahim, laku di Pulau Pinang dan Selangor, Kelantan serta beberapa tempat yang DAP melihat Anwar sebagai pemangkin sokongan Melayu kepada parti itu, namun di kebanyakan tempat di Johor, Anwar adalah bahan ejeken dan lelucon.

Anwar telah terbukti serba melawakkan. Kehadirannya di Kampung Melayu Kluang tidak lama dahulu, tidak sahaja disambut dengan ejekan, bahkan jumlah yang hadir mendengar ceramahnya juga sangat kecil. Begitu juga di Mersing dan beberapa tempat yang lain... semuanya menjurus kepada penolakan total terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.

Potensi PAS di kalangan rakyat Johor, memang ada. Namun 'kesilapan' PAS yang menjalinkan hubungan baik dengan DAP dan PKR, pastinya akan menyebabkan PAS menerima kesan buruk yang lebih besar.

Dek kerana itulah, Salahuddin Ayub sebagai 'perintis' kepimpinan utama PAS yang mahu merampas atau mengubah demografi Johor, seharusnya mencari jalan yang lebih ideal dan lebih berinovatif berbanding terus mengheret Anwar Ibrahim ke sana ke sini menjelajah setiap inci bumi Johor, kononnya untuk menguatkan PAS, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Anwar yang cuba mencari tempat dan kedudukan di negeri tersebut!!!

1 comments:

Anonymous said...

Pertama. Orang PAS tau sangat tak boleh berkempen politik di masjid kerana mereka lah yang kurang ajar mengenai ini.

Kedua. Anwar adalah tangkal sial yang paling ampuh dari PR. Siapa yang di sentuhnya pasti terlekat sial kalau tak pun malapetaka :). Cepat cepat samak.

Blog Archive

Labels