1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, May 9, 2012

NASRUDDIN TANTAWI DAN NIK ABDUH BAKAL DIPANCUNG DI MAKKAH!!!

Wednesday, May 9, 2012

Sebarang cubaan untuk melakukan demonstrasi politik di Tanah Suci Makkah hanya akan mengundang bala yang sangat besar bagi mereka yang percaya demonstrasi politik adalah setaraf dengan ibadah. Arab Saudi tidak pernah memandang bulu dan memilih 'pesalah' untuk dijatuhi hukuman bunuh dengan cara dipancung keplaa mereka.

Cubaan atau mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi di Makkah dianggap sebagai bughah kepada Kerajaan Arab Saudi. Sekalipun yang melakukannya adalah rakyat negara asing tetapi apabila berada di Makkah, mereka akan dianggap sebagai 'tetamu yang dilindungi'.

Tetamu itu bagaimanapun tidak akan terlepas dari undang-undang bughah yang merupakan salah satu dari hukuman yang terdapat dalam hudud. Pesalah bughah biasanya dipancung. Tiada sebarang alasan yang boleh diberikan termasuklah tunjuk perasaan yang diadakan bukan untuk Kerajaan Saudi sebaliknya untuk kerajaan negara masing-masing. Sebaliknya Arab Saudi akan menjatuhkan hukuman yang sama kepada warga asing yang melakukan demonstrasi di Makkah atau mana-mana bahagian di negara tersebut atas nama bughah.

Tantawi dan Nik Abduh merupakan antara penggerak dan pencetus demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah. Sekalipun terdapat khabar-khabar angin bahawa demonstrasi di Makkah dan Madinah sebenarnya dibiayai oleh sebuah pertubuhan Zionis, namun secara nyata Nik Abduh dan Tantawi merupakan sebahagian daripada pemimpin myda PAS yang terperangkap dalam agenda berkenaan.

Arab Saudi sedang memburu mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan. Pada masa yang sama, kerajaan Arab Saudi pastinya akan engambil tindakan keras berhubung demonstrasi berkenaan yang sudah tentu akan mempengaruhi dan melibatkan kuota Haji dan Umrah dari negara ini.

Kami diberitahu sekarang, Kerajaan Malaysia sedang berunding secada giat dengan wakil Kerajaan Arab Saudi berhubung perkara berkenaan dan terdapat usaha agar berita berkenaan tidak disebarkan dan diuar-uarkan agar sekyrang-kurangnya kuota Haji dan Umdah Malaysia dapat dikekalkan.

Kalau Tantawi dan Nik Abduh tidak dipancung oleh Arab Saudi, mereka seharusnya bersyukur kerana rundingan yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dengan wakil Kerajaan Saudi telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka!

Buat tahi pandai tapi yang membersihkan, tetap juga kerajaan yang dituduh zalim oleh bapa si Nik Abduh. Bapa si Nik Abduh yang kononnya terlalulah amat ulamanya dan dihormati kerana ilmunya, nampaknya tidak efisien langsung. Bahkan keulamaannya langsung tidak dipandang atau lebih tepat lagi tidak diiktiraf.

Dalam bahasa yang lebih mucah, keulamaan Nik Aziz tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam sehinggakan Allah Taala pun tidak mencetuskan rasa hormat di hati pemerintah Saudi.

Mungkin kerana itulah, Nik Aziz sekadar buat-buat bodoh stsu diarahkan agar bersikap bodoh alang oleh para penasihatnya!

0 comments:

Blog Archive

Labels