1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, May 2, 2012

NUJ DAN MAJLIS PEGUAM SEPAKAT MENYALAHKAN POLIS!!!

Wednesday, May 2, 2012

Sememangnya pelik bercampur hairan apabila polis terus dipersalahkan berhubung kekacauan dan keganasan yang berlaku pada penghujung Demonstrasi BERSIH 3.0 sedangkan pihak yang memulakan kekacauan dan keganasan MEMANG JELAS puak-puak yang menyokong Pakatan Rakyat

Biarpun majoriti peserta BERSIH 3.0 sebenarnya tidak berparti tetapi sekadar ingin melihat sesuatu yang lebih baik dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia berdasarkan pendapat mereka, namun majoriti yang berada di dalam BERSIH 3.0 sememangnya mempunyai niat jahat iaitu mencetuskan rusuhan besar-besaran bagi memulakan revolusi Dataran Tahrir versi Malaysia.

Pekikan REVOLUSI kedengaran dalam himpunan BERSIH 3.0 terutama yang 'berkampung' di Jalan Tunku Abdul Rahman berselang-seli dengan REFORMASI dan JATUHKAN UMNO. Malah ucapan berapi-api Azmin Ali serta Anwar Ibrahim yang meminta Najib Abdul Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri, sudah cukup untuk menunjukkan BERSIH 3.0 sebenarnya tidak lebih daripada instrumen pihak yang sudah tidak sabar-sabar untuk naik berkuasa tanpa melalui pilihanraya kerana mereka tahu, majoriti rakyat Malaysia menolak mereka dalam pilihanraya.

Terkini, NUJ atau Kesatuan Wartawan Kebangsaan dan Majlis Peguam tegak-tegak menyalahkan pihak polis berhubung keganasan yang berlaku. Kedua-dua pertubuhan tersebut sememangnya amat diketahui cenderung kepada Pakatan Rakyat dalam segala hal. Terutama sekali Majlis Peguam yang sudah merupakan salah satu sayap Pakatan Rakyat secara tidak rasmi.

Dalam demonstrasi BERSIH 3.0, ramai ahli Majlis Peguam terlibat. Sama ada yang berpakaian awam mahupun yang berpakaian hitam putih di tengah panas terik!

Mereka ini yang merupakan lintah darat berkot dan berjubah, begitu bijak menangguk di air keruh. Sedar bahawa PDRM bukanlah Pasukan Polis Singapura atau Pasukan Polis Thailand yang akan bertindak balas menerusi undang-undang, Majlis Peguam sentiasa menjadikan PDRM sebagai sasaran mereka.

Kalau benar NUJ dan Majlis Peguam ingin menegakkan keadilan, pastinya pihak pertama yang mereka akan jadikan sebagai sasaran adalah mereka yang memulakan keganasan.

Malangnya, mereka tidak mampu berbuat begitu kerana yang memulakan keganasan adalah kaum puak Pakatan Rakyat. Perangai dan pandangan mereka pasti akan berubah sekiranya yang melakukan keganasan itu orang UMNO!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels