iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, May 6, 2012

ORANG PKR MANA YANG CUBA BUNUH KERJAYA POLITIK AZMIN ALI?!!

Sunday, May 6, 2012

Azmin Ali dan sekalian pemimpin PKR menuduh UMNO yang telah menyebarkan dan membuat pendedahan tentang gambar skandal seks jamban. Jawapan klise yang diberikan itu sebenarnya merupakan sikap standard setiap orang pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PKR untuk mengelak daripada berterus terang dan bercakap benar.

Namun seperti yang dikatakan oleh ramai orang, siapa lagi yang tahu apa kelakuan Azmin dan apa rahsianya selain dari kelompok dan kalangannya sendiri, membuatkan pendedahan gambar-gambar seks jamban yang dikaitkan dengan dirinya itu kelihatan lebih mempunyai kaitan rapat dengan pertelingkahan dalaman PKR sendiri.

Hubungan antara Khakid Ibrahim dengan Azmin Ali sama ada dalam pentadbiran PKR Selangor mahupun dalam hierarki PKR sendiri tidak pernah baik. Azmin Ali banyak menggunakan hubungannya dengan Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasaannya dalam PKR. Azmin Ali tidak pernah berjaya berdiri di atas kakinya sendiri.

Ini yang kita boleh lihat menerusi pertelingkahan antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim yang akhirnya Zaid Ibrahim membawa diri dan hanya mampu menjadi Presiden sebuah parti kecil yang tidak berpengaruh bernama KITA.

Azmin Ali telah mencipta terlalu ramai musuh dalam PKR. Walaupun dia cuba untuk mengaitkan UMNO seolah-olah UMNO terlalu takut dan menjadi musuhnya. Walhal bukan Azmin tidak tahu, penghalang terbesarnya untuk terus berkuasa dan menjadi orang penting dalam partinya bukanlah UMNO jauh sekali adik perempuan dan ibu tuanya, tetapi dari kalangan PKR sendiri.

Mungkin kerana itulah Zuraidah Kamaruddib yang merupakan kroni utamanya di Ampang dan dalam PKR meroyan sakan apabila reaksi yang diberikan oleh Khalid Ibrahim amat tidak menyenangkan dan boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif, tidak sahaja kepada Azmin Ali sebaliknya kepada PKR!

Apa-apa pun, apa yang dilakukan oleh kita, akan kembali semula kepada kita... Itu harga yang perlu dibayar terutama untuk penjahat seperti Azmin Ali!

0 comments:

Blog Archive

Labels