IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Monday, May 21, 2012

PELUANG KERJAYA PADA HIMPUNAN JUTAAN BELIA MENAKUTKAN PAKATAN RAKYAT!!!

Monday, May 21, 2012
Seperkara yang sangat ditakuti oleh Pakatan Rakyat ialah, seandainya rakyat Malaysia sibuk berkerjaya dan mempunyai kedudukan ekonomi yang baik. Ibarat perut yang penuh berisi, mulut tidak akan banyak bercakap, lidah tidak akan banyak merungut.

Pakatan Rakyat yang secara tidak rasminya diketuai oleh Anwar Ibrahim amat mengharapkan rakyat Malaysia dibelenggu masalah pengangguran yang teruk. Paling disukai sekiranya, peluang pekerjaan yang disediakan, tidak mampu memberikan pulangan gaji dan upah yang besar dan berpadanan dengan gaya hidup masakini.

Dek kerana itulah, dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat, pasti akan disentuh kononnya Kerajaan sekarang terlalu zalim dan tidak memberikan sebarang perubahan kepada kehidupan rakyat. Kononnya juga, kerajaan yang ada sekarang telah menyebabkan kadar inflasi yang sangat tinggi di mana rakyat tidak mampu menampung keperluan harian kerana kekangan kenaikan harga yang melampau.

Hakikatnya, negara ini menyediakan peluang pekerjaan yang cukup banyak kepada rakyatnya sehinggakan sebahagian besar pekerjaan rencam terpaksa menggunakan tenaga buruh asing. Dan anehnya, di sebaliknya persepsi kononnya kerja-kerja rencam atau kerja-kerja peringkat bawahan itu tidak akan membolehkan mereka menjadi lebih dan cepat kaya seperti yang dikehendaki, kaum pendatang asing pula boleh hidup senang-lenang dan mengumpul harta di negara masing-masing kerana kerja-kerja yang ditolak oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Menyedari hakikat itulah, Kerajaan Malaysia yang sangat memanjakan rakyatnya menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Himpunan Jutaan Belia di mana antara salah satu program pada program tersebut adalah GERBANG KERJAYA.

Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.

Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda.

Dek kerana itulah, bagi mereka yang banyak mulut, banyak songeh, banyak rungut terutama sekali golongan belia yang melihat kerajaan adalah salah dan tidak berbudi kepada mereka, seharusnya mengambil peluang ini untuk mencari kerja sebagaimana yang mereka perlukan.

Apa yang perlu mereka buat sekarang hanyalah bawa segala dokumen yang diperlukan, kemudian datang ke HIMPUNAN JUTAAN BELIA di Putrajaya yang bakal diadakan pada 23 sehingga 27 Mei 2012.

Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang berbunyi kononnya KERAJAAN ZALIM sebab mereka tidak bekerja, kita pakatlah gelak kat muka mereka sorang-sorang. Apakan tidak, mereka bukan sahaja BODOH sebaliknya MEREKA ADALAH MANUSIA PEMALAS YANG MENUNGGU NASI MELOMPAT KE DALAM PERUT TANPA PERLU MEREKA MEMBUKA MULUT!!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels