1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, May 11, 2012

PEMBANGUNAN ALA-MAKKAH KEPALA TENGKORAK HANG LA KHALID IBRAHIM OIII!!!

Friday, May 11, 2012

Hanya si bodoh dan si bangang sahaja yang akan bersorak terkinja-kinja dengan rancangan Khalid Ibrahim untuk memajukan Seksyen 5 Shah Alam dengan pembangunan ala-Makkah yang diuar-uarkannya.

Hanya si bahlol dan si tolol sahaja yang akan menelan bulat-bulat cerita dongeng dan fantasi Khalid Ibrahim yang melihat zon penampan Bandaraya Shah Alam itu sebagai sesuatu yang cukup besar untuk kocek dan temboloknya serta kroni-kroninya.

Siapa punya idea dengan membabitkan nama Makkah kalau bukan dari kalangan pemaju-pemaju DAP!

Letak sahaja nama Makkah, maka terhangguk-hangguklah kepala sekalian penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan Melayu-Islam sebab Makkah adalah Kota Suci umat Islam. Sedangkan hakikat sebenar perompakan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, tidak dihiraukan lagi.

Seksyen 5 Shah Alam yang konon-kononnya hendak dibangunkan itu sebenarnya adalah kawasan hijau yang mengandungi MAKAM DIRAJA, Kompleks Pejabat Kerajaan, Kompleks MAIS dan JAIS, Kompleks Mahkamah Syariah dan kawasan hijau.


Apakah sebenarnya isyarat yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada KESULTANAN SELANGOR dengan mengisytiharkan kawasan tersebut dalam rancangan Makkahnya? Kalau di Makkah, tanah perkuburan tiada binaan dan diratakan, apakah MAKAM DIRAJA di Seksyen 5 itu akan diratakan, sekaligus dihapuskan bagi menyenangkan hati sekutu Khalid?

Punyalah banyak kawasan lain, mengapa zon penampan dan zon hijau di tengah-tengah Bandaraya Shah Alam yang hendak dibangunkan? Bukankah Khalid Ibrahim cukup gemar dengan lombong-lombong tinggal sehinggakan air lombong pun hendak dipaksa rakyat dan penduduk Selangor menelannya?

Mengapa tak dibuat sahaja rancangannya itu di tanah-tanah bekas lombong, sama ada lombong bijih timah dari zaman penjajah British mahupun di lombong-lombong pasir yang Khalid gunakan untuk mengisi temboloknya, tembolok partinya dan tembolok kaum kroninya?

Pembangunan ala-Makkah al-Mukarramah kononnya... piiiiiii daaaahhhh... Khalid lebih kenal Haifa dengan makam Bahaullah Al-Bab berbanding Makkah al-Mukarramah dengan Masjidil Haram, Kaabah, Maqam Ibrahim dan Hijr Ismail!!!

Exco Alam Sekitar Selangor tak bising ker, hutan hijau di tengah-tengah Shah Alam akan dihapuskan oleh Khalid Ibrahim? Uppppssss... terlupa, Exco Alam Sekitar Selangor barangkali tak tahu tentang hutan hijau sebab dia 'punya hutan' panjang-panjang, jarang-jarang dan hitam perang-perang!!!


0 comments:

Blog Archive

Labels