1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, May 4, 2012

PEMINAT K-POP? KOREA LABELKAN CINA SEBAGAI BANGSA PENJAHAT!!!

Friday, May 4, 2012
Sekiranya anda hendak tahu di Korea Selatan baru sahaja selesai menjalakan pilihanraya umum mereka. Antara perkembangan menarik PRU terbaru ini ialah perlantikan seorang imigran menjadi ahli parlimen. Imigran tersebut ialah Jasmine Lee, seorang wanita yang berasal dari Filipina yang kini menjadi warga negara Korea Selatan. Perlantikan beliau mendapat tentangan yang berbaur perkauman di laman sesawang. Jasmine Lee berkahwin dengan seorang warga Korea sebelum menjadi warga negara. Beliau terkenal dengan usaha beliau untuk memperbaiki taraf hidup dan layanan terhadap tenaga kerja asing terustamanya yang berbangsa Filipina. Warga Korea yang rasis menganggap kemenangan beliau dibawah tiket Parti Saenuri akan menyebabkan hak Kpopputeratercabar. Mereka merasa terancam dengan kehadiran lebih 1.2 Juta pekerja asing di tanah tumpah Kimchi mereka.


Soal perkauman sebegini bukanlah sesuatu yang baru di Korea. Sejak dua menjak ini sentimen anti Amerika, Jepun dan China semakin menebal. Warga Korea marah dengan Amerika kerana dikatakan membuli ekonomi mereka. Mereka marah dengan Jepun kerana Jepun menjajah mereka suatu ketika dahulu dan terkini berlaku perbalahan tentang hak milik kepulauanDokdo/Takeshima. Mereka juga berbalah tentang penggunaan nama "Lautan Jepun" yang merka mahu dinamakan semula ke Lautan Timur. Akhir sekali mereka benci dengan orang Cina kerana dikatakan bangsa jahat dan gemar melakukan jenayah. Sejak dua menjak ini media Korea memaparkan kes pembunuhan rakyat Korea di tangan warga Chinese-Koreans. Di Korea Selatan warga Chinese-Korean dipandang seroang macam kita memandang rendah kepada Indo.



Pihak ekstremis kenegaraan dan Kpopputera bertegas bahawa mereka yang bukan berdarah Korea(walaupun warganegara Korea berketurunan Cina, Jepun etc etc) tidak layak diberi layanan sama rata seperti Kpopputera. Mereka sangat respek kepada pendekatan Nicholasa Sarkozy diPerancis yang mahu mengurangkan jumlah imigran dari Afrika Utara untuk masa depan warga Perancis.



Sangat terkejut juga bila membaca berita ini kerana di Malaysia ramai MELEIS yang mendewakan Korea. Adakah mereka tahu sentimen perkauman yang semakin menular di negara asal bintang Kpop mereka?

On a side note siapa sangka di Korea juga ada pergerakan seakan PERKASA yang mahu hak istimewa diberikan kepada PRIBUMI KOREA. LOL. I think PERKASA dan pihak ekstremis bangsa Korea boleh comolot.


1 comments:

Anonymous said...

banyak org cina suka korean wave

Blog Archive

Labels