IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, May 3, 2012

SKANDAL SEKS JAMBAN AZMIN... KENAPA SAMAN, KENAPA TAK LAPOR POLIS?

Thursday, May 3, 2012
Sama seperti kekasihnya, Azmin Ali mengambil keputusan untuk menyaman UTUSAN MALAYSIA dengan nilai RM100 juta. Dan para juak-juak serta cai-cainya pun bersorak sambil memuji-muji Azmin Ali, kononnya Timbalan Presiden PKR itu seorang yang sangat berani dan sangat benar.

Namun sesuatu yang perlu diketahui ialah, Azmin Ali tidak membuat satu laporan polis pun, sekalipun dia dicabar untuk berbuat begitu selain menyaman pelbagai pihak yang mengeluarkan, menyiarkan dan menyebarkan gambar-gambar erotik skandal seks dalam jamban yang pelaku lelakinya serupa benar dengan susuk tubuh, wajah serta gaya berpakaian Azmin Ali.

Sebelum ini pun, Anwar Ibrahim turut melakukan perkara yang serupa iaitu menyaman tetapi tidak berani membuat laporan polis. Kali pertama Anwar Ibrahim membuat laporan polis tentang tuduhan sumbanglakunya dengan bekas pemandu peribadi isterinya, adalah pada tahun 1998. Bagaimanapun, laporan polis tersebut dibuat atas 'nasihat' polis pada waktu itu memandangkan Anwar enggan berbuat begitu pada mulanya.

Selepas polis membuat siasatan, berlakulah kekejaman terhadap mangsa dan beberapa orang saksi. Dalam tempoh yang sama jugalah, isteri Azizan Abu Bakar yang sedang sarat mengandung, telah dibunuh menerusi perlanggaran yang sengaja dilakukan.

Sehingga kini, pembunuh isteri Azizan yang sarat mengandung itu tidak dapat ditangkap dan dikenalpasti.

Dalam kes liwat keduanya, Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang laporan polis sebaliknya hanya bertindak menyaman pelbagai pihak, termasuklah UTUSAN MALAYSIA. Dalam kes video seksnya juga, Anwar Ibrahim tetap tidak membuat laporan polis sekalipun polis sendiri meminta dia berbuat begitu bagi memulakan siasatan.

Laporan polis perlu dibuat untuk pihak berkuasa menyiasat pelbagai perkara yang berkaitan dengan gambar tersebut termasuklah mengenalpasti punca datangnya dan pelaku di dalam gambar-gambar berkenaan.

Barangkali disebabkan tidak mahu gambar-gambar tersebut disiasat, Azmin Ali cuba berselindung dengan membuat saman terhadap Utusan Malaysia. Barangkali juga dia mengharapkan saman tersebut akan membuatkan khalayak ramai terlupa bahawa selain saman, Azmin Ali juga terlebih dahulu lebih afdal membuat laporan polis.

Berani kerana benar, atau berani kerana nak tutup perbuatan salah?

0 comments:

Blog Archive

Labels