IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, May 3, 2012

ZURAIDAH DAN RAFIZI HASUT INDIA BERGASAK SESAMA INDIA DI HADAPAN PEJABAT PERDANA MENTERI!!! VIDEO SEBAGAI BUKTINYA!!!

Thursday, May 3, 2012
Inilah dalang yang disebalik insiden kekecohan yang berlaku di Pejabat Perdana Menteri.


Kehadiran ketua pemuda MIC, ahli MIC serta NGO berkumpul diperkarangan pejabat Perdana Putra yang menempatkan pejabat PM untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan dan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menyesaikan beberapa isu mengenai komuniti kaum India.

Kumpulan ahli PKR yang juga berkumpul di tempat yang sama untuk menghantar memo protes bagi pelajar B. Reshina yang sudah berhenti dari persekolahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Naib Presiden PKR mendakwa keadaan tegang itu dicetus oleh pihak MIC, walaubagaimanapun dinafikan oleh T.Mohan pemuda MIC dan memberitahu kepada media mereka terpaksa mempertahankan diri apabila beberapa ahli PKR menyerang kumpulan mereka.

PKR dilihat hanya berminat untuk mendapatkan Mykad kepada Reshina yang dianggap simbol menolong kaum India yang masih belum mendapat kad pengenalan diri/Mykad.

T.Mohan memberitahu, setakat ini MIC telah pun menyelesaikan 9,529 kes berhubung kad pengenalan diri dan berjanji akan membawa kes B.Reshina ini ke Jabatan Pendaftaran Negara. Masalah seumpama ini timbul kerana ramai ibubapa tidak mendaftarkan kelahiran mereka dan bukannya kerana kesalahan dari pihak JPN mahupun kerajaan.

BERITA TERDAHULU:


PUTRAJAYA 2 Mei - Semalam berlaku satu pertembungan hingga mencetuskan pergaduhan diantara ahli kumpulan PKR dan MIC di luar perkarangan bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Kumpulan PKR itu yang diketuai oleh Rafizi dan Zuraidah dikatakan ingin menyerahkan memorandum bagi menyelesaikan isu permohonan kad pengenalan seorang pelajar india. Ahli-ahli PKR terbabit bertembung dengan ahli MIC pada jam 11 pagi yang hadir untuk protes hantar memorandum itu.

Keadaan semakin tegang apabila kedua-dua wakil dari kumpulan masing-masing berucap sebelah menyebelah sehingga menyebabkan provokasi dan akhir berlaku pentengkaran dan pergaduhan yang menyebabkan tiga ahli pkr cedera.

Pihak polis berjaya mententeramkan keadaan dan mengarahkan mereka bersurai pada jam 12.30 tengahhari.


0 comments:

Blog Archive

Labels