iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, June 4, 2012

AHLI MAJLIS MPSJ BUTA-BUTA KENA MAKI SEBAB BERBAHASA TAMIL OLEH ORANG TAMIL!!!

Monday, June 4, 2012

Nak kata lawak, ianya serius. Nak kata serius, ianya memang terlalu amat serius!!!

Pada ketika para tukang propaganda Pakatan Rakyat, khususnya PAS mendabik dada kononnya sokongan daripada rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah-tambah, apa yang berlaku di Selangor yang merupakan negeri yang cuba dipertahankan bersungguh-sungguh oleh Pakatan Rakyat berbanding Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, lain pula ceritanya.

Ambiga Sreevanasan, Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Ronnie Liu, Teresa Kok, Janice Lee, Elizabeth Wong dan Khalid Ibrahim merupakan antara nama-nama yang sekarang ini cukup panas punggung dengan 'LAYANAN' yang sedang mereka terima.

Sehinggakan di kalangan penyokong Pakatan sendiri mempersoalkan mengapa tidak ada sesiapa pun dari kalangan mereka yang cuba mempertahankan nama-nama di atas daripada terus diserang baik oleh orang UMNO dan Barisan Nasional, mahupun NGO-NGO yang kini sangat aktif bergerak di serata Selangor menuntut hak-hak mereka.

Cerita tentang KEBEJATAN dan KEANGKUHAN Ahli-Ahli Majlis PBT di bawah Pakatan Rakyat, sememangnya sangat popular. Sepertimana kewujudan Ahli-Ahli Majlis yang mempunyai rekod jenayah, terlibat dengan jenayah dan hidup atas jenayah seperti di dalam MPAJ, penyelewengan yang mereka lakukan juga sangat terang-terangan.

Dengan cukai pintu dan cukai tanah yang telah dinaikkan oleh kerajaan Khalid Ibrahim walaupun janji mereka dalam Manifesto PRU12, cukai pintu dan cukai tanah akan dikurangkan, rakyat Selangor cuba dibodoh-bodohkan oleh Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya. Itulah juga yang berlaku dalam isu melibatkan air, dan perumahan, Ahli-Ahli Majlis dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor main lepas tangan dan sentiasa menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional sekalipun angkaranya adalah dari mereka sendiri.

Apa yang berlaku di Batu 14, Puchong adalah sesuatu yang SANGAT WAJAR!

KEMARAHAN penduduk di kawasan tersebut yang dianiaya oleh PBT di bawah Pakatan Rakyat dan Ahli-Ahli Majlis yang berlagak bagaikan maharaja, tentu sekali akan menyusahkan Pakatan Rakyat untuk bertahan di Selangor. Kalau sudah Ahli Majlis pun dimarahi, ADUN dan Ahli Parlimen pun turut terbabit sekali... apatah lagi, Ahlil Parlimen Pakatan Rakyat seperti Gobind Singh Deo sangat kurang mengambil tahu tentang hal penduduk dan rakyat yang diwakilinya.

Kalau Selangor yang beria-ia ingin dipertahankan Pakatan Rakyat, sudah jadi begitu, bagaimana mungkin para tukang propaganda Pakatan Rakyat boleh mendabik dada kononnya, Pakatan akan berarak ke Putrajaya pada PRU13 akan datang dengan mudah?


0 comments:

Blog Archive

Labels