iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, June 12, 2012

AYOOO... KENA ROGOL BERGILIR-GILIR DI KAJANG!!!

Tuesday, June 12, 2012

Gambar Hiasan
KAJANG - Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun mandi disebuah kolam renang berhampiran rumah adik lelakinya berakhir tragedi apabila menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Kesuma, dekat Semenyih, di sini.

Sember berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama adiknya pergi ke kolam berkenaan untuk mandi dan kerika mahu menukar pakaian di bilik persalinan, seorang lelaki tidak dikenali menceroboh masuk ke bilik itu dengan memanjat tembok.

"Terkejut melihat keadaan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal selepas dihalang seorang lagi lelaki yang berada di depan pintu bilik persalinan berkenaan.

"Kedua-dua lelaki itu menolak mangsa berkenaan ke dalam bilik berkenaan dan merogolnya serta memaksa mangsa melakukan seks oral," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas dirogol, dua lelaki itu memaksa mangsa dan adiknya menaiki motorsikal sebelum dibawa ke sebuah hotel bajet.

Katanya, suspek membawa adiknya ke sebuah restoran sebagai umpan.

Sebaik tiba dihotel berkenaan, mangsa dikatakan ditarik masuk ke dalam sebuah bilik hotel yang dihuni tiga lelaki lain dan dipaksa membuka pakaian sebulum dirogol bergilir-gilir selama dua jam.

Kelima-lima lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mangsa menceritakan kejadian kepada ahli keluarga dan membuat laporan di balai polis Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komissioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Metro

0 comments:

Blog Archive

Labels