IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, June 23, 2012

IJN BAGI RAWATAN PERCUMA? JAGA-JAGA! PERANGKAP TU!

Saturday, June 23, 2012
Institut Jantung Negara atau IJN sedang mengadakan program PEMERIKSAAN JANTUNG PERCUMA di kawasan FELDA di Pahang.

IJN ni sebenarnya bagus. Sangat bagus kalau anda seorang kakitangan kerajaan, pesara kerajaan atau ada tabungan KWSP yang cukup besar atau pemegang polisi insuran atau yang lebih penting, ANDA SEORANG KAYA YANG BANYAK DUIT.

Kalau setakat anda seorang marhein yang bekerja sendiri dan tidak pernah mencarum dalam KWSP atau polisi insuran perubatan, IJN boleh diibaratkan sebagai perangkap maut yang menghirup darah anda dengan kejam tanpa anda ada peluang untuk keluar dari perangkap IJN!

Sudah terlalu ramai yang terperangkap dengan jenama IJN yang menempatkan pakar-pakar jantung di situ. Dengan kos berjumpa doktor untuk sekali sahaja boleh mencecah RM300 belum dicampur ubat, ada banyak persoalan yang boleh dimunculkan tentang peranan IJN yang ingin dijual oleh pentadbiran Abdullah Badawi dahulu.

Bukan kes terpencil apabila pesakit marhein dibebani hutang dan surat tuntutan bermohorkan pejabat peguam dari IJN. Biarpun IJN menerima geran dari kerajaan yang jumlahnya puluhan juta setiap tahun, namun IJN tetap mengamalkan, tidak ada duit, jangan dapatkan rawatan di sini.

Masalah cekik leher dan hirup darah oleh IJN terhadap bukan golongan yang 'diberikan keistimewaan' seolah-olah menunjukkan IJN sedang cuba mengumpulkan keuntungan besar tanpa menghiraukan tanggungjawab sosial mereka terutama apabila IJN diwujud dan diasaskan dengan menggunakan wang rakyat.

Dan mujur jugalah kerajaan Najib Abdul Razak meneruskan kerja Mahathir untuk membina hospital pakar jantung yang setaraf dengan IJN sama ada di Serdang, Selangor, Kuantan, Pahang mahupun Kuching, Sarawak yang kos rawatan ditanggung hampir seratus peratus oleh kerajaan!!!

Apabila IJN sedang melakukan program yang konon-kononnya kebajikan, maka berhati-hatilah kerana anda mungkin akan terperangkap dengan surat tuntutan hutang yang jumlah mungkin akan mencecah ratusan ribu ringgit!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Blog Archive

Labels