IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR

Tuesday, June 26, 2012

MAHUKAH KHALID IBRAHIM CERAIKAN FAEKAH DENGAN TALAK TIGA?

Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya proksi Azmin Ali di Selangor bersuara. Shuhaimi Shafie mendesak agar Faekah Hussin digantung jawatannya ekoran pendedahan yang dibuat oleh portal SEL13.com sebelum ini tentang Faekah Hussin yang menyalahgunakan jawatannya dengan mengeluarkan surat sokongan projek kepada syarikat anak saudaranya sendiri.

Namun sesuatu yang perlu diketahui ialah, apabila Shuhaimi Shafie mencadangkan agar jawatan Faekah digantung terlebih dahulu bagi membolehkan siasatan dijalankan, ia sebenarnya tidak lebih daripada sebuah lakonan semata-mata.

Khalid Ibrahim pernah mengarahkan siasatan berhubung penyalahgunaan kepala surat oleh pegawai-pegawai Ronnie Liu. Pentadbiran Selangor juga pernah menggunakan SELCAT untuk menunjukkan ketelusan dan kejujuran mereka kononnya.

Bagaimanapun, keputusan akhirnya ialah TIDAK BERSALAH!

Baik SELCAT mahupun arahan Khalid Ibrahim tentang penggantungan tugas, ianya tidak pernah tulen dan benar. SELCAT yang ditubuhkan pada pentadbiran Khalid Ibrahim pula tidak lebih daripada sebuah pentas sandiwara yang membolehkan para pemimpin Pakatan Rakyat melakukan jenayah dan rompakan hasil negeri secara 'beradab' dan 'beretika'.

Shuhaimi Shafie dan Yaakob Sapari adalah hasil terbit SELCAT tentang ketelusan Pakatan Rakyat di Selangor. Kedua-duanya dibela oleh SELCAT walaupun terdapat bukti yang menunjukkan mereka terlibat sepenuhnya dengan pencurian pasir di seluruh Selangor.

Mungkin, bertitik tolak daripada pengalamannya itulah, Shuhaimi Shafie mencadangkan agar Faekah digantung tugas. Biarpun SELCAT tidak boleh 'membicarakan' Faekah kerana Faekah bukanlah ADUN atau Exco, namun modus operandi penipuan yang diamalkan oleh SELCAT, mungkin boleh digunakan dalam kesnya.

Gantung dua minggu... berlakon konon-kononnya siasatan diadakan. Selesai dua minggu, maka kenyataan yang dikeluarkan ialah FAEKAH TIDAK BERSALAH!!!

Bukannya susah sangat jadi Kerajaan Negeri Selangor! Yang penting hanya pandai bersandiwara sahaja!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels