iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, June 23, 2012

VIDEO: HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI BUAT PEROGOL DI TEMPAT TERBUKA!!!

Saturday, June 23, 2012


Negara ini tidak mengamalkan hukuman gantung sampai mati di hadapan khalayak ramai seperti yang diamalkan oleh beberapa buah negara termasuklah Iran. Bahkan Amerika Syarikat yang mengaku mereka sebagai sebuah negara paling bertamadun pun, belum pun sampai tiga suku abad menghapuskan perlaksanaan hukuman mati secara terbuka.

Apa yang anda saksikan sebentar tadi adalah perlaksanaan hukuman gantung sampai mati di sebuah wilayah di selatan Iran. Kesalahan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan adalah MEROGOL.

Dan biarpun, hukuman gantung sampai mati dilaksanakan secara terbuka, namun kadar jenayah di negara yang berfahaman Syiah itu tetap juga meningkat. Bahkan biarpun hukuman mati dilaksanakan terhadap golongan gay dan lesbian, kewujudan kumpulan berkenaan tetap juga tidak berkurangan.

Perlukah Malaysia mengamalkan kaedah hukuman yang serupa bagi menyedarkan rakyatnya agar tidak melakukan jenayah kejam atau pun mengurangkan perbuatan dosa dan maksiat yang kebelakangan ini berlaku secara terbuka?

0 comments:

Blog Archive

Labels