IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR

Monday, July 9, 2012

KLIP VIDEO LAGI? ANWAR DAN PAKATAN AKAN NAFIKAN!!!

Monday, July 9, 2012
Semenjak kebelakangan ini, individu-individu yang suatu ketika dahulu mengeji UMNO dan Barisan Nasional tetapi kemudian pada penghujung penggal pilihanraya, kembali memperlihatkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, menimbulkan pelbagai isu.

Terbaru ialah bekas Ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim yang cuba mencuri tumpuan masyarakat dengan 'LAMBAIAN CD KOSONG BERWARNA EMAS' apabila mendakwa dia mempunyai klip video yang menunjukkan Anwar mengutuk PAS pada 9 Januari 2008.

Mungkin beranggapan bahawa dengan video berkenaan, maka kepercayaan PAS kepada Anwar Ibrahim dan DAP akan berkurangan, membuatkan Zamil Ibrahim begitu yakin untuk mengadakan sidang media dan memperkenalkan kepingan video berwarna emas itu.

Barangkali Zamil Ibrahim tidak sedar bahawa dalam keadaan sekarang, PAS tidak akan percaya dengan sesiapa pun walaupun mereka tahu itu adalah hakikat sebenarnya. PAS bukan tidak tahu, suatu masa dahulu Anwar Ibrahim membuat pelbagai cacian terhadap PAS dan para pemimpin besarnya, termasuklah kepada Dr. Burhanuddin Helmi dan Yusof Rawa.

Malah gelaran WALI TEROMPAH yang dikenakan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang kekal sampai sekarang.

Perihal Anwar mengata PAS dan para pemimpinnya sebagai BODOH BAHLOL dan MUDAH DIPERGUNAKAN, pun orang-orang PAS tahu.

Jadi, isu yang cuba dibangkitkan oleh Zamil Ibrahim sebenarnya tidaklah besar mana pun. Apatah lagi berdasarkan tarikh yang dinyatakannya, pada ketika itu Pakatan Rakyat belum terbentuk lagi. Anwar Ibrahim baru sahaja melekatkan DAP dengan PAS, walaupun selama ini pun, memang PAS dan DAP telah bekerjasama secara tidak rasmi.

Setakat nak tunjuk kepingan cakera padat berwarna emas dalam sidang media, rasa-rasanya ramai orang boleh melakukannya. Zamil sepatutnya menayangkan sahaja klip video tersebut, bukannya cuba bermain tarik tali sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak dalam banyak isu. Apatah lagi itu bukannya isu baru dan bukannya isu yang amat mengejutkan!

Kalau setakat Anwar Ibrahim sahaja yang menjadi bahan serangan, rasa-rasanya ia tidak cukup untuk memastikan kemenangan.

Tetapi apa pun, muka Zamil Ibrahim sudah terlalu kerap di kaca televisyen bersama-sama seorang lagi bekas penyokong Anwar Ibrahim iaitu Azwandin Hamzah!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels