IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, July 29, 2012

MAMPUS LA NURUL IZZAH... CUBAANNYA UNTUK BOCORKAN RAHSIA KETENTERAAN NEGARA, MEMBODOHKAN DIRINYA SENDIRI!!!

Sunday, July 29, 2012

1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM.

3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah.

4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan dibuat untuk kepentingan negara.

5. Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).

6. Oleh kerana pendedahan Nurul itu juga, Indonesia kini menempah dua lagi kapal selam dari Korea Selatan dan memodenkan dua kapal selam tua miliknya menunjukkan bertapa pihak tentera laut Indonesia tidak memandang ringan keupayaan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

7. Rakyat Indonesia mungkin ketawa mendengar pendedahan Nurul tetapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi perisikan Singapura tidak…dan kerana itu mereka bersusah payah menghantar perisik-perisik mereka memasuki ATM tetapi Alhamdullilah, Allah tidak suka orang munafik, dan mereka semua kena tangkap dan dikesan.

8. Bagi saya ahli-ahli politik seperti Nurul ini sebenarnya mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sama ada mereka ahli perniagaan atau pun agensi risikan luar yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa macam-macam suara dan mendakwa mereka mewakili “SUARA” rakyat negara ini.

9. Saya kira, Nurul perlu berhubung dengan ATM untuk mendapatkan maklumat tentang berapa ramai perisik Indonesia, Singapura, CIA, Mossad dan ramai lagi yang telah dikesan berkeliaran dalam negara untuk mendapat gambaran sebenar tentang apa yang sedang terjadi dan apa rancangan negara-negara yang berkepentingan.

PEMBANGKANG MELAYU SEDANG DIPERGUNAKAN

10.Ahli perniagaan (mereka yang kalah tender) inilah yang memberi maklumat kepada politikus, pihak-pihak ini mungkin kecewa kerana tender yang mereka lobi dengan nilai berjuta-juta ringgit akhirya terlepas ke tangan orang lain.

11. Saya sebenarnya sudah masak sangat dalam sepak teranjang politik dan dunia bisnes perdagangan senjata ini, bidang ini merupakan satu-satunya cabang orang Melayu boleh buat duit berjuta kerana tender biasanya boleh meninggi sampai beratus-ratus juta atau bilion.

12. Apakah wajar apabila Nurul Izzah mahu kerajaan membuat tender terbuka untuk sistem NCO bagi pihak tentera.

13.Hal-hal sensitif seperti NCO tidak wajar dibuat secara terbuka kerana ia berkait rapat dengan kerahsiaan ATM.

14. Atau Nurul Izzah telah diprovoke oleh pihak tertentu untuk mendedahkan maklumat sulit ATM tanpa beliau sedar.

15. Sepatutnya pembangkang harus berbangga kerana pembangunan NCO dijalankan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan ini bermakna maklumat sensitif mengenai ATM dan sistem komunikasi milik pihak keselamatan tidak akan didedah.

16. Dahulu parti yang sama juga yang membuat bising apabila pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) konon-konon telah menggunakan sistem komunikasi APCO yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan sebuah syarikat yang mempunyai jurutera Israel.

17.Jadi ramailah ahli-ahli politik pembangkang yang risau jika rahsia negara akan terdedah kepada musuh.

18.Parti yang sama juga mendesak mengapa PDRM tidak menggunakan kepakaran rakyat tempatan untuk sistem telekomunikasinya, pada halnya APCO itu merupakan nama sejenis sistem radio bukan nama syarikat.

19.Sekarang apabila ATM mengikut nasihat pembangkang, memberi kepercayaan kepada Sapura, timbul pula soal lain.

20.Saya fikir, jika projek NCO ini benar-benar akan menghabiskan wang negara dan mungkin berlaku kepincangan, saya nasihatkan Nurul untuk membuat laporan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hal-hal yang berkaitan keselamatan negara ini wajarlah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membuka pekung kepada pihak luar yang berminat.

21.Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara yang “menaruh hati” dan masing-masing menghantar perisik mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini.

22.Dan bukan satu perkara rahsia, apabila DAP yang merupakan serpihan parti PAPSingapura menggunakan wartawan-wartawan dari akhbar Cina untuk mendapatkan maklumat mengenai ATM kerana akhbar biasanya mempunyai akses yang besar.

23.Saudari Nurul juga jangan lupa, bukan satu rahsia apabila banyak pergerakkan rakyat negara ini yang keluar masuk ke Afghanistan, Palestin, Lubnan dan ke mana-mana sahaja yang berkait dengan perjuangan dunia Islam antarabangsa telah disalurkan oleh rakyat Singapura yang berada dalam negara kepada pihak Mossad.

JENIS-JENIS TENDER MILIK KERAJAAN MALAYSIA YANG HARUS DIKETAHUI UMUM (WAJIB BACA)

TENDER PEMBERIAN TERUS

24.Nurul dan para pemimpin tertinggi parti pembangkang harus sedar bukan semua tender milik tentera boleh dibuat secara terbuka.

25.Secara umum, tender milik ATM dibuat secara i. Rundingan Terus ii. Tertutup dan iii.Terbuka

26.Rundingan terus adalah tender yang melibatkan hal-hal sensitif dan kerahsiaan di mana Kementerian Pertahanan mahu melindungi kepentingannya jadi sesuatu tender diberikan terus kepada syarikat terpilih seperti dalam isu NCO-Sapura ini.

27.Hal-hal yang berkaitan dengan sistem peperangan elektronik juga tidak akan dibuat secara tender terbuka.

28.Beberapa peralatan avionik dan sensor dalam SU30MKM juga tidak dibuat secara tender terbuka tetapi diberi langsung kepada Peranchis untuk melindungi rahsia kelebihan SU30MKM.

29.Walaupun beberapa pihak cuba meneka radar jenis apa yang dipakai oleh Sukhoi, ia hanya sekadar tekaan kerana muncung atau noise SU30 MKM tidak pernah dibuka semasa pameran kepada umum untuk menyembunyikan jenis radar yang digunakan.

30.Tender pemberian terus juga diberi kepada hal-hal yang berkaitan dengan pesawat maritim strike F-18 Hornet milik TUDM di mana, perkembangan dan pembangunan pesawat TUDM ini berkait rapat dengan polisi kerajaan AS.

31.Jadi hanya senjata dan sistem elektronik buatan syarikat AS sahaja yang boleh dipasang pada F-18 milik Malaysia dan tender terbuka atau separuh terbuka tidak akan dibuat kerana kerajaan Malaysia hanya boleh memasang peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat AS yang diiktiraf kongres sahaja dibenarkan.

TENDER TERTUTUP

32.Tender Tertutup pula ialah satu proses di mana beberapa jemputan dihantar kepada pihak berminat. Dalam kes ini, kita ambil contoh keperluan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) untuk melengkapkan skuadron pesawat MRCA yang baru.

33.Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa TUDM (TUDM) sangat berminat untuk mendapatkan pesawat Typhoon dari United Kingdom (UK)

34.Ini disebabkan Typhoon mempunyai kebolehan yang sangat-sangat diperlukan oleh TUDM (sekali lagi saya kata, ini adalah contoh).

35.Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak boleh membeli Typhoon secara langsung dari UK kerana rakan-rakan yang lain seperti Peranchis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) juga mengeluarkan jet pejuang dan mereka juga menyumbang sedikit sebanyak terhadap perkembangan ekonomi Malaysia.

36.Jadi Malaysia kemudian menghantar surat jemputan untuk permohonan tender kepada syarikat-syarikat pengeluar senjata AS, Sweeden, Peranchis, UK dan Russia.

37.Di sini kita lihat, China walaupun mengeluarkan jet pejuang tetapi tidak pula membariskan permohonan untuk memasarkan jet pejuang J-10 buatan mereka kepada Malaysia kerana negara itu tidak dijemput.

38.Andai kata Malaysia kemudian membeli Typhoon, negara-negara lain akan mendapat gambaran bahawa ianya adalah satu permainan yang adil dan saksama.

39.AS yang memasarkan F-18 Superhornet dan F-16 Block 60 kepada Malaysia serta Peranchis (Rafale) tidak boleh berkata apa dan berasa kecil hati kerana tender sudah pun dihantar kepada mereka dan “selection” telah dibuat mengikut tender siapa yang terbaik sedangkan sebenarnya, memang Malaysia hendakkan Typhoon.

40.Cuma mungkin kerajaan Malaysia boleh memberi alasan bahawa UK telah memberi tawaran yang lebih menarik, Typhoon wajar muncul sebagai pemenang.

TENDER TERBUKA

41.Apabila tender terbuka dibuat, maka semua pihak akan cuba bertanding untuk mendapat tender ini.

42.Kita ambil contoh pembekalan kereta kebal untuk tentera darat yang dibuat oleh tentera darat pada beberapa tahun lepas di mana, Sweeden (CV90), Korea Selatan (K1A1), Afrika Selatan (Rooikat), Uk (Vickers), Russia (T80) dan Ukraine (T90), Pakistan (Khalid) serta Poland (PT91) telah masuk bertanding.

43.Kalau kita lihat di sini, US tidak menghantar permohonan untuk memasuki Abrams dan UK pula tidak memasukkan kereta kebal Challenger mereka walaupun tender dibuat secara terbuka kerana, ATM telah pun membuat spesifikasi terutama soal berat kereta kebal yang diperlukan oleh tentera darat.

44.Pada masa itu tidak seorang pun tahu siapa yang akan memenangi tender kereta kebal tetapi akhirnya PT91 muncul sebagai pemenang.... SAMBUNG BACAAN DI MILITARY OF MALAYSIA


0 comments:

Blog Archive

Labels