1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, July 22, 2012

PAKATAN BERJAYA DEDAHKAN IDENTITI FARIT ISMETH AMIR SEBAGAI SUAMI KEDUA ROSMAH MANSOR!!!

Sunday, July 22, 2012

Kadang-kadang apabila membaca cerita tentang Rosmah Mansor yang digunakan oleh pecacai Pakatan untuk menyerang Najib Abdul Razak dan tidak pula DINASIHATI oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, mahupun para pengkomen yang konon-kononnya tersangatlah Islamiknya pemikiran mereka, membuatkan kita boleh berguling-guling bergelak tawa...

Macam cerita Imam Mahdi turun ke bumi jugalah statusnya... cukup melawakkan dan cukup menghiburkan!

Suka tak suka, sama ada bagi penggemar mahupun pembenci Rosmah Mansor, ada banyak perkara baik yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan sesuai dengan kedudukannya di sisi Najib Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya, Rosmah Mansor menunjukkan, walaupun dia tidak mempunyai kedudukan dalam politik, dia masih mampu duduk setaraf dengan isteri pemimpin-pemimpin utama dunia yang mempunyai otak dan tidak sekadar membaca skrip untuk membela suami. Mengaku atau tidak, Rosmah Mansor turut sama berkempen kepada dunia tentang kehebatan suaminya selaku Perdana Menteri Malaysia menerusi produk-produk seperti PERMATA NEGARA dan sebagainya, dan dia berjaya dengan tugasnya itu apabila konsep dan kurikulum PERMATA NEGARA menjadi ikutan beberapa buah negara luar.

Malangnya, para pembenci Rosmah Mansor yang tidak pernah kering idea untuk menghentam wanita itu, sentiasa mencari jalan agar Rosmah Mansor dipandang negatif. Terlalu banyak cerita negatif termasuklah Rosmah Mansor sebagai pembazir, Rosmah Mansor sebagai Iron-Lady, Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri, bahkan Rosmah Mansor sebagai penggila laki orang.

Apabila memperkatakan yang Rosmah Mansor sebagai penggila laki orang, maka adalah kaum Pakatan yang tanpa malu-malu menceritakan yang suami terdahulu Rosmah sebelum Najib adalah FARIT ISMETH AMIR, pembaca berita di RTM dan juga seorang banker.

Walaupun ianya jelas merupakan satu fitnah yang sengaja dirancang untuk memalukan Rosmah, Najib, Farit dan anak Rosmah daripada perkahwinan pertamanya dahulu, pecacai Pakatan memikirkan, cara tersebut adalah yang paling efektif untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap keluarga Rosmah.

Malangnya, ketika anak Guan Eng, Guan Eng dan skandalnya, Anwar Ibrahim dengan kegilaan seksualnya, Badrol Amin dengan kaunseling bini orang jam tiga pagi, Mat Sabu dengan Mah, Hamdan Che Khalib dengan Siam Doll, Aishah Ghazali dengan skandal yang kemudian bertahun-tahun kemudian jadi isteri kedua bekas pemandunya, serta pelbagai benda lain didedahkan, para peminat Pakatan serta-merta mempersoalkan tentang moraliti, dan etika ketika siaran berita-berita berkenaan dibuat.

Namun apabila berita berkenaan Rosmah Mansor disiarkan dengan FITNAH-FITNAH yang sangat jelas, tidak pula kedengaran sebarang komen, mahupun NASIHAT-NASIHAT MASUK NERAKA KEPADA PENFITNAH sebagaimana yang mudah kita lihat dalam blog-blog mahupun laman Facebook pro-Kerajaan.

Paling malang, apabila mereka pula tumpang semangkuk dengan mengatakan IA ADALAH BERITA BENAR, walaupun mereka gagal mengemukakan sebarang bukti. Alasannya, kalau tak betul, takkanlah Rosmah Mansor tak saman orang yang dituduh menfitnahnya.

Dangkalnya pemikiran puak-puak ni!

Bagaimanapun, benarkah cerita yang dicipta oleh pecacai Pakatan bahawa suami terdahulu Rosmah adalah Farit Ismeth Amir? Apa pula pengakuan Farit Ismeth Amir?

Esok, kita buat pendedahan bagaimana fitnah pecacai Pakatan ini memalukan muka mereka sendiri, ya!

0 comments:

Blog Archive

Labels