
Perihal Trinity Corporation atau nama lamanya Talam Corporation yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM1 bilion membuatkan PAS Selangor naik angin. Walaupun Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tidak ada dalam 'kabinet' Selangor, tetapi nampaknya Tony Pua mendahului Menteri Besar Selangor dalam hal menerangkan tentang PEMBELIAN BESAR-BESARAN TRINITY CORPORATION oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Trinity Corporation atau nama lamanya, Talam Corporation memiliki UNISEL, Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB), SAP Holding yang juga merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
Kata Tony Pua, Trinity Corporation telah DIPAKSA untuk membayar hutangnya kepada Kerajaan Negeri Selangor. Namun, menurut Chua Tee Yong, Kerajaan Selangor yang telah membayar RM1 bilion kepada Trinity Corporation semata-mata untuk mengambil dan melupuskan hutang Trinity Corporation dengan menggunakan tipu helah perakaunan yang rumit.
Dek kerana itulah, Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan Kertas Putih berhubung pembelian dan pembayaran RM1 bilion itu bagi mengalahkan dakwaan Chua Tee Yong berhubung perkara berkenaan.
Kata Dzulkefly Ahmad lagi, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor terlalu banyak mempunyai agenda tersembunyi dan terlalu banyak perkara yang cuba disapu di bawah karpet.
Yang menariknya, salakan Dzulkefly Ahmad itu pastinya akan senyap sunyi apabila DAP mula bersuara melalui Tony Pua dan tidak lama lagi, Teresa Kok!
Pengeluaran Kertas Putih pastinya akan dibimbangi memecahkan tembelang DAP yang bertindak sebagai lintah darat dalam Kerajaan Negeri Selangor selama ini... ia samalah seperti PERUNTUKAN MARRIS yang berjumlah RM360 juta setahun dan selama empat tahun tiada sebarang pembaikian dan penyelenggaraan jalan raya dilakukan di seluruh Selangor, sebaliknya hanya pada penghujung penggal ini sahaja, barulah Kerajaan Pakatan Rakyat kelihatan hendak menurap jalan.
Kita sama-sama saksikan drama antara komponen Pakatan Rakyat Selangor yang sudah terdesak untuk menyelamatkan diri daripada diterajang oleh rakyat Selangor yang CELIK AKAL FIKIRAN!!!



0 comments:
Post a Comment