1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, July 4, 2012

SUSAHNYA NAK LAYAN LELAKI BERNAFSU SONGSANG!!!

Wednesday, July 4, 2012

Bukan mudah untuk membimbing lelaki yang bernafsu terhadap kaum sejenis kerana mereka selesa dan tidak takut berdepan masyarakat disebabkan aktiviti berkenaan sukar dikesan.

Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, pengalamannya selama 25 tahun berdepan pelbagai kes berkaitan homoseksual mendapati, keinginan golongan itu untuk memuaskan nafsu mereka sangat menebal dalam diri kerana mereka sudah merasai kelainan hubungan berbanding perkahwinan normal antara lelaki dan wanita.


Menurutnya, di dalam sesetengah kes pemulihan, ada pengadu yang berpatah balik kepada kegiatan lama akibat tidak tahan pengaruh rakan ditambah mereka boleh berselindung di mata masyarakat. “Ini masalahnya kerana mereka bebas bergerak melakukan aktiviti terbabit. Siapa sangka mereka berkelakuan sumbang kerana sama jantina, tetapi ini ruang yang mereka ada kerana masyarakat tidak mengesyaki apa-apa.

“Saya juga berdepan pengadu yang memberhentikan sesi pemulihan selepas bertahun-tahun hanya kerana tidak tahan pelawaan rakan sejenis, akibatnya mereka terjerumus semula walaupun sudah hampir pulih,” katanya.


Selain itu, katanya, ibu bapa perlu memastikan mereka sentiasa rapat dan menjadi pendengar kepada masalah anak bagi menyelami masalah mereka serta menghindari daripada terbabit kancah tidak sihat seperti gejala homoseksual dan amalan songsang lain.


Hushim berkata, pendekatan itu perlu dipraktikkan sejak dari mula kerana ia faktor penting dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak selain ia tuntutan hidup berkeluarga terbaik seperti diamalkan Rasulullah SAW.

Menurutnya, ia sebagai satu pendekatan menghapuskan gejala tabiat seks di luar tabii yang menular di Malaysia sejak sekian lama namun ia dikesan semakin membimbangkan sejak lima tahun kebelakangan ini.


Katanya, kajiannya dalam kes berkaitan mendapati, tiga daripada 10 lelaki di Malaysia cenderung untuk mengadakan hubungan sesama jenis dan ia berpunca daripada beberapa faktor antaranya sejarah lampau dan didikan ibu bapa.

“Ada yang kurang mendapat kasih sayang ayah dan keluarga sejak kecil menyebabkan mereka beralih kepada alternatif lain iaitu rakan dan sahabat baik,” katanya.


0 comments:

Blog Archive

Labels