

Tiga hari ini, memang semua orang memperkatakan tentang kegagalan Chong Wei mendapatkan pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia. Dengan harapan yang begitu menggunung kepada Chong Wei memandangkan dia adalah pemain badminton ranking pertama dunia, kilauan emas bagaikan sudah dalam genggaman Malaysia.
Malangnya, lawan yang bertemu dengan Chong Wei pada peringkat akhir adalah Lin Dan, jaguh badminton China yang kemenangannya ke atas Chong Wei mengatasi rekod kekalahannya.
Akhirnya seperti semua yang sedia maklum, Chong Wei gagal memperolehi pingat emas dan sekadar mampu berpuas hati dengan pingat perak.
M.Manoharan, antara pemimpin DAP yang mengutuk kekalahan Chong Wei dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada Lee Chong Wei walaupun Malaysia sebenarnya tidak ketandusan pemain bakat-bakat baru dalam sukan badminton.
Menangislah Chong Wei sambil memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang menggantungkan harapan kepadanya walaupun sebenarnya dia tidak buat salah apa-apa pun, kecuali dia kalah setelah bertarung dengan bersungguh-sungguh hati.
Suka atau tidak, ada pro dan kontra dalam kes ini. Chong Wei tidak boleh dipersalahkan kerana gagal memperolehi pingat emas. Sebaliknya yang perlu dipersalahkan adalah sikap pihak pengurusan badminton negara yang bertindak bagaikan lintah darat yang menghisap darah sampai kering.
Empat tahun lagi, timbul satu persoalan, adakah BAM masih menagih khidmat daripada Chong Wei, serta Khoo dan Tan untuk acara beregu? Atau BAM akan mengorak langkah dengan memberanikan diri keluar dari kepompong Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan muka-muka lama yang sepatutnya sudah boleh direhatkan?
Selepas Elyas Omar melepaskan jawatan Presiden BAM selepas kejayaan Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992 dahulu, tidak banyak yang boleh dibanggakan kecuali anak muda yang bernama Lee Chong Wei.
Mungkin ramai yang masih ingat, HEBATNYA KERENAH PARA PEGAWAI BAM selepas kemenangan Piala Thomas pada tahun 1992 dahulu sehingga akhirnya Elyas Omar melepaskan jawatan....
Justeru, kekecewaan yang dilemparkan oleh Manoharan sebenarnya bukanlah mewakili dia seorang. Barangkali kalau Manoharan bukanlah ahli politik atau wakil rakyat, mungkin kehampaannya tidak akan diberikan reaksi segera.
Malaysia dalam bidang sukan sebenarnya sudah sepatutnya meninggalkan budaya ampu dan cakap-cakap yang bagus-bagus kepada Presiden sebaliknya diuruskan dengan penuh profesional. Bukan tidak ada bakat baru, tetapi balik-balik muka yang sama jugalah BAM akan pertaruhkan...
Malangnya, menangnya tidak juga walaupun pemain-pemain berkenaan, sebahagiannya bermain bersungguh-sungguh seperti yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei.
Yang paling penting, selagi ada orang politik dalam badan sukan, selagi itulah Malaysia hanya mampu bermegah dengan infrastruktur sukan yang hebat, tetapi pencapaian entah ke mana!
Bandingkan pula tangisan Chong Wei dan tangisan Nik Aziz....
Chong Wei menangis sebab berasakan dia sudah menggagalkan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia yang ingin berbangga dengan pingat emas pertama Olimpik... sedangkan Nik Abdul Aziz pula menangis sebab 'nak pujuk' Allah Taala agar memenangkan partinya dalam pilihanraya!!!
Tang mana yang sama dan tang mana yang beza?



0 comments:
Post a Comment