IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, August 28, 2012

FATHUL BARI MULA MEMPERKENALKAN KAEDAH 'WUDUK TIDAK TERPUTUS'!!!

Tuesday, August 28, 2012

Ada pecacai PAS yang meroyan dan cepat-cepat memberikan reaksi apabila Fathul Bari menghantar surat kepada Mursyidul Am PAS bagi menjelaskan tentang hudud. Pada mereka, Fathul Bari elok memahamkan barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional terlebih dahulu sebelum fahamkan PAS kerana bagi mereka, PAS lebih faham tentang hudud berbanding UMNO.

Tindakan yang dilakukan oleh Fathul Bari dan ILMU untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat berhubung hudud, sememangnya adalah suatu pekerjaan yang sangat besar dan sangat berat. Ia adalah satu bentuk dakwah yang sejajar dengan ajaran Islam.

Sedangkan bagi para pecacai PAS pula, hudud yang diperkenalkan oleh PAS adalah lebih bersesuaian dengan Islam kerana kata mereka itu adalah dari al Quran dan dari perintah Allah Taala.

Dakwah yang diperintahkan oleh Allah Taala dan diajarkan oleh Nabi s.a.w serta diteladankan oleh para Salafus Soleh ialah penuh berhikmah, bukannya menghukum. Sebarang penghukuman seperti pentakfiran yang sangat sinonim dengan PAS, tidak boleh sama sekali dikatakan sebagai dakwah.

Penjelasan yang cuba dilakukan oleh Fathul Bari sebenarnya amat diperlukan oleh ahli-ahli dan para pemimpin PAS. Ahli-ahli dan para pemimpin PAS yang berasakan mereka lebih hebat dan lebih berilmu tentang agama Islam, sebenarnya hanyalah golongan jahil yang berlagak pandai. Keangkuhan dan ketakburan mereka, sebenarnya memerlukan seseorang yang boleh menyedarkan mereka bahawa ilmu Allah Taala adalah sangat luas dan tidak hanya boleh disampaikan menerusi kempen politik dan ceramah kutip derma sahaja seperti yang diamalkan oleh PAS selama ini.

PAS tidak tahu apa-apa tentang hudud. Dek kerana itulah, mereka leka menjadikan hudud sebagai modal politik. Dek kerana itulah juga, mereka akan memaki hamun serta merendah-rendahkan orang lain yang menentang kehendak serta keinginan mereka bahkan melabelkan golongan terbabit sebagai KELUAR ISLAM, MENENTANG ISLAM, MENDERHAKAI PERINTAH ALLAH TAALA dan AL QURAN.

Puncanya mudah... kefahaman mereka tentang Islam, hukum syariah dan segala-galanya tentang agama adalah terlalu amat cetek. Mereka mungkin boleh berbangga kerana kepiah lebai dan serban selain jenama Islam pada penghujung nama parti yang mereka anggotai, tetapi tidak sedikit pun Islam dan ilmunya yang mereka tahu.

Disebabkan itulah, mana-mana pihak yang akan mendedahkan kejahilan mereka, serta-merta akan diberikan label yang bukan-bukan. Apabila Fathul Bari dan ILMU mahu berbincang tentang hudud dengan Nik Aziz secara profesional dan bukannya bertikam lidah, syaitan-syaitan berkenaan segera memberikan khabar, pendirian Nik Aziz sudah tetap dan perbincangan tidak boleh dilakukan.

Kemaksuman Nik Aziz yang dimitoskan oleh para pecacai dan syaitan-syaitan inilah sebenarnya yang banyak merosakkan PAS.

Mereka gagal melihat dan mempelajari daripada riwayat bagaimana Nabi s.a.w menerima pendapat Syaidina Salman Al-Farisi r.a tentang penggalian parit atau khandaq yang akhirnya memenangkan tentera-tentera Islam walaupun taktik perang yang diatur oleh Nabi s.a.w pada mulanya adalah lain....

Siapa Nik Aziz kalau dibandingkan dengan Nabi Muhammad s.a.w? Berapa kepandaian dan keilmuwannya dalam Islam memandangkan pendapat agamanya seringkali berbolak balik?

0 comments:

Blog Archive

Labels