IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR

Sunday, August 19, 2012

KERANA FILEM TANDA PUTERA, LIM KIT SIANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SUHAIMI BABA!!!

Sunday, August 19, 2012

Filem TANDA PUTERA yang sebenarnya mengisahkan tentang persahabatan akrab dan wawasan dua orang pemimpin terhebat yang pernah dilahirkan oleh Malaysia iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail, sebenarnya cukup membuatkan Lim Kit Siang dan DAP gementar dan kecut perut. Sebabnya, sebahagian daripada filem berkenaan menunjukkan apa yang berlaku pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Mengapa Kit Siang melompat kuat sangat?

Kit Siang menyatakan bahawa salah satu adegan dalam filem berkenaan, telah menfitnahnya. Bagaimanapun, watak Lim Kit Siang tidak wujud dalam filem tersebut. Namanya tidak dinyatakan pun!

Dengan kata lain, Lim Kit Siang sebenarnya amat perasan yang nama dan wataknya ada dalam filem tersebut. Kit Siang juga sebenarnya mahu ia disebut oleh Suhaimi Baba dalam filem Tanda Putera. Kit Siang juga bersetuju bahawa DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam tragedi berkenaan.

Kit Siang mengakui dia tidak pernah menonton filem Tanda Putera. Namun pada masa yang sama, Kit Siang juga mengakui bahawa dia diberikan maklumat kononnya watak lelaki Cina yang kencingkan tiang bendera adalah dirinya menerusi maklumat blog dan portal.

Justifikasi yang dilakukan oleh Kit Siang nampaknya sangat bersifat semberono. Dia tidak menonton dan tidak melihat sendiri kebenaran yang diyakininya tetapi,membuat kesimpulan bahawa dia telah dihina dan difitnah.

Jenis pemimpin apakah Kit Siang yang bertindak hanya berdasarkan cakap dengar? Kalau para pemimpin PAS yang enggan menonton klip video seks Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur China tetapi menyifatkan berita tentang perzinaan Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah, barangkali Kit Siang juga ingin sebaris dengan mereka. Enggan menonton sendiri tetapi kemudian mahukan orang lain mempercayai dengan apa yang mereka percaya, merupakan perkara terhina yang mampu dilakukan oleh seorang pemimpin politik.

Paling menjengkelkan ialah apabila Kit Siang terus mengulang-ngulang cerita yang dia tidak berada di Kuala Lumpur pada 10, 11, 13 dan 13 Mei 1969. Sedangkan tarikh sebelum itu adalah pilihanraya umum. Berbeza dengan PRU zaman sekarang, PRU 1969 dan PRU-PRU sebelum itu dipenuhi dengan rapat umum. Tempoh berkempen bukannya kurang sepuluh hari seperti sekarang sebaliknya dua puluh satu hari.

Mengapa Kit Siang tidak ceritakan apa yang dikempennya dalam rapat-rapat umum sepanjang tempoh sebelum PRU 1969 sehingga mencetuskan ketegangan kaum? Mampukah Kit Siang menafikan bahawa kempen-kempen kurang ajar kaum pendatang ke atas kaum pribumi yang menyebabkan ketegangan dan konflik kaum?

Atau Kit Siang ingin menggunakan kaedah anaknya, Guan Eng dengan menyatakan bahawa semuanya salah UMNO kerana takutkan DAP? Sedangkan pada tahun 1969, DAP baru sahaja berusia tidak sampai tiga tahun dan sangat terdesak untuk menyaingi MCA. Malah dengan sokongan kaum komunis dan sosialis kepada DAP, UMNO dan PERIKATAN pada waktu itu tentunya tidak berani menjalankan kempen subversif seperti yang dilakukan oleh DAP yang mahu mendapatkan sokongan masyarakat Cina menerusi perlecehan terhadap Melayu, Bumiputera dan Islam.

Kit Siang tak perlu membela dirinya menerusi cerita kononnya dia tidak ada di Kuala Lumpur. Kit Siang juga tidak perlu berlagak seolah-olah dia telah difitnah oleh mana-mana pihak. Temubualnya dengan Roketkini sekadar menunjukkan betapa Kit Siang sebenarnya sangat bimbang dan takut dengan sejarah sebenar negara ini terutama yang membabitkan 13 Mei 1969.

Walhal sepatutnya Kit Siang yang bercakap terus terang tentang sejarah pembabitannya dalam 13 Mei, bukannya cuba berbohong sebab dia memang ada dan merupakan salah seorang yang menyebabkan tragedi 13 Mei 1969. Atau sebenarnya Kit Siang takutkan tali gantung sehingga membuatkan dia meroyan tidak tentu arah?

Dan kerana itulah, Kit Siang cukup bengang dengan Filem TANDA PUTERA yang turut menggambarkan sebahagian daripada sejarah yang melibatkan DAP, parti yang dipimpinnya dan Malaysia Malaysian yang menuntut pertumpahan darah sehingga akhirnya turut mengorbankan dua orang pemimpin hebat iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail.

0 comments:

Blog Archive

Labels