IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, September 20, 2012

LEBIH BAIK HADI AWANG BELA NASIB KELANTAN BERBANDING SABAH DAN SARAWAK!!!

Thursday, September 20, 2012

Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching. Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

 1. Kerjasama Bersekutu
 2. Perwakilan Yang Adil
 3. Kewarganegaraan
 4. Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat
 5. Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah
 6. Keadilan Dalam Isu Minyak
 7. Pembangunan Sekata

Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana ‘meminggirkan’ kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji. PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut..... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

1 comments:

Anonymous said...

If you would like to increase your experience only keep visiting this site
and be updated with the latest gossip posted here.


Also visit my blog post ... acrostic poems for names

Blog Archive

Labels