1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, September 20, 2012

N.SURENDRAN MAHU SIASATAN TERHADAP CUBAAN MEMBUNUH ANWAR PADA 1998 DIBUKA SEMULA!!!

Thursday, September 20, 2012

Macam dah tak ada isu dah, PKR menerusi Naib Presiden yang dilantik, merangkap Peguam Terbangang Abad Ini, N.Surendran mendesak satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat serangan atau cubaan membunuh terhadap Anwar Ibrahim oleh PDRM pada tahun 1998.

Menurut N.Surendran, Anwar Ibrahim telah ditangkap dan dituduh dengan tuduhan liwat serta penyalahgunaan yang direka-reka oleh Kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

BACA KEKARUTAN N.SURENDRAN DI SINI

Serangan terbaru yang dihalakan oleh N.Surendran terhadap PDRM dengan memutarbelit insiden pada 20 September 1998 itu, jelas cuba menaikkan sentimen kebencian terhadap PDRM selain cubaan memperlihatkan kekejaman UMNO-BN.

Tuduhan kononnya, Anwar Ibrahim tidak diberikan rawatan adalah satu pembohongan yang sangat jelas. Beberapa klip video yang menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim sebenarnya TIDAK CEDERA, TIDAK SAKIT, NYAWANYA TIDAK TERANCAM dan CUMA BERLAKON semata-mata, boleh ditonton dengan bebas di Internet.

Hukuman telah dikenakan terhadap Ketua Polis Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Rahim Noor yang mengaku telah menumbuk Anwar Ibrahim setelah Anwar Ibrahim memprovokasinya secara maki hamun, sumpah seranah dan cacian.

Cubaan N.Surendran untuk menyatakan kononnya Anwar Ibrahim telah ditangkap dan dihukum dengan tiada sebarang alasan, sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan kejahatan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sendiri.

Dokumen perbicaraan pada tahun 1998 sendiri sudah cukup sebagai bukti. Anwar Ibrahim memang jelas telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan memberi arahan kepada polis untuk bertindak. Dek kerana itulah, dia telah dijatuhi hukuman dan kesalahan meliwat yang telah dibuktikan menerusi proses mahkamah, akhirnya telah membuatkan Anwar sepatutnya berada di penjara selama 14 tahun.

Bagaimanapun, sepanjang berada di penjara, Anwar Ibrahim berlakon konon-kononnya dia sakit dan tidak sihat. Gembar-gembur yang dibuat oleh para penyokongnya pula, menjadikan ramai yang percaya Anwar telah disuntik virus HIV, diracuni arsenik dan sebagainya. Sedangkan hakikatnya, Anwar Ibrahim boleh bermain ping-pong di Penjara Sungai Buluh dan kemudian beristirehat di penjara yang digunakan untuk banduan yang sakit.

Anwar Ibrahim sepanjang berada di penjara Sungai Buloh tidak pernah benar-benar dipenjarakan.

Bagaimana agaknya N.Surendran boleh menyatakan bahawa Anwar Ibrahim cuba dibunuh dan serangan yang dilakukan oleh polis merupakan kejahatan serta membabitkan UMNO-BN? Cubaan membunuh seperti yang didakwa oleh N.Surendran hanyalah pembohongan dan penipuan yang amat menjijikkan!!!

Kalau benar hendak dibunuh, mengapa sehingga sekarang, Anwar Ibrahim masih lagi hidup? Bahkan dia begitu bebas bergerak dalam dan luar negara?

Dakwaan N.Surendran itu secara jelas, menunjukkan niat jahat PKR dan Pakatan Rakyat yang mahu rakyat menyerang serta menghapuskan polis, sebagaimana yang diinginkan oleh Mossad dan Zionis yang sedang berkira-kira serta bersiap-siap untuk menjajah negara ini menerusi kemenangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

3 comments:

Anonymous said...

mabuk todi kot?

Anonymous said...

Lawyet bangang...

Anonymous said...

tak nak ke cadangkan Suruhanjaya utk siasat video "fitnah" china doll?
Kesian Anwar kena "fitnah"..

Blog Archive

Labels