1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, September 20, 2012

VIDEO KEMPEN DAP: BIADAP TIADA MASALAH. MAKI MENGONGKET ITU MUNASABAH!!!

Thursday, September 20, 2012


Bila Ngeh Koo Ham menghamput orang Islam kerana memprotes filem pendek yang menghina Rasulullah s.a.w, ramailah yang mengamuk sakan. Bila Lim Guan Eng meminta, kecamannya terhadap filem itu disiarkan terlebih dahulu sebelum dia mengulas tentang Ngeh Koo Ham, ramai jugalah yang mengutuk anak lelaki yang mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969 itu.

Namun sebenarnya itu adalah darah daging DAP. Apa yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP seperti Ngeh Koo Ham sebenarnya tidaklah keterlaluan berbanding apa yang dilakukan oleh pengikut-pengikut mereka.

Salah satu kempen DAP adalah menggunakan YouTube memandangkan pengguna kemudahan tersebut di kalangan anak muda sangat meluas.

Apa yang terkandung di dalam video kempen DAP itu?

Ini yang diterangkan oleh SAHABAT yang merupakan salah seorang BLOGGER dan PENYOKONG PAS.


1)     Tajuk: Rakyat Malaysia mesti tonton. ‘Anjinggila’(juruacara) dedahkan kelentong 1Malaysia2)     Animasi oleh jengtong (email: jengtong@gmail.com) . Juruacara: Maddog DJ. Dialek: Kantonis.
3)     Biadap Tidak bersalah. Maki mengonkek itu munasabah. [ Vulgar is no offense. To fuck is reasonable]4)     1957: Tunku Abdul Rahman membuat perisytiharan kemerdekaan. Tetapi selepas 55 tahun BN memerintah , sekarang (2012) apa sudah jadi kepada negara kita? Kamu masih percaya akan dia (BN)? Nah, 1Malaysia, biarlah saya dedahkan (kelentong)nya. 1967, pendapatan per kapita kita lebih tinggi daripada Korea Selatan dan Taiwan. Bagaimanapun, akibat kelemahan BN dan Umno –asyik merompak ‘air’ (wang negara), pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan dan Taiwan (2011) sudah mengatasi kita sebanyak tiga(3) kali ganda. Hakikatnya pada 1995, kedudukan Malaysia (ke-23) di dalam Indeks Persepsi Rasuah adalah lebih tinggi (baik) berbanding Korea Selatan(ke-24) dan Taiwan(ke-25). Tetapi pada hari ini di kalangan 183 buah negara, Malaysia jatuh ke tempat ke-60 –ketinggalan di belakang Botswana, Barbados, Aman dan entah apa lagi negara yang tidak dikenali.
5)     Di samping itu, disebabkan Pemerintah sudah sekian lama menindas industri media, kedudukan Malaysia di senarai “Kebebasan Media” ialah jatuh kepada 122—di kalangan 179 negara di dunia ini. Kita ketinggalan di belakang Timor Timor, Nepal dan Sudan. Bukankah ini amat memalukan kita?
6)     Pada 2012: Disebabkan pengurusan ekonomi yang salah, Bajet Malaysia mengalami ‘krisis defisit’ selama 15 tahun berturut-turut . Kalau saya tak cakap, kamu tidak mungkin tahu.  Sejak Ahjibgor menjadi PM dan Menteri Kewangan sehingga hari ini, hutang Negara sudah mencecah RM456 bilion. [Suara keluhan latar: Fuck!] Jumlah ini adalah lima(5) kali ganda berbanding jumlah tahun 1995 sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Fuck …lima kali ganda! Kamu tak takutkah? [Suara latar: Wahhhh!]7)     Menteri BN yang paling jujur DS Idris Jala pernah mengumumkan, jika kita teruskan dalam keadaan begini, Malaysia akan ‘Pokkai’ (bangkerap) pada 2019. [Suara latar: Ahhhhh!] P{ada ketika itu, 28 juta rakyat Malaysia tak kira tua muda akan menanggung beban hutang sebanyak RM16,000 setiap orang. BN sesungguhnya sudah menganiayai kita semua. Fuck! [Suara latar menyusul : Fuck!]

0 comments:

Blog Archive

Labels