IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR

Friday, September 14, 2012

ZAID IBRAHIM SEDIA DIBELI DAP UNTUK JAWATAN MENTERI BESAR PERAK!!!

Friday, September 14, 2012

Kalau di Pulau Pinang, DAP dan Lim Guan Eng sibuk mengatur beberapa ekor kepala Melayu untuk dijadikan calon mewakili parti tersebut bagi menolak andaian bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinist Cina, di Perak pula, ceritanya tidak kurang menarik.

Bekas Ketua Bahagian Kota Bharu, bekas calon PKR dalam PRK Hulu Selangor, bekas calon Timbalan Presiden PKR dan Presiden Parti KITA, Zaid Ibrahim khabarnya telah dilamar oleh DAP dan persetujuan telah diberikan oleh Zaid Ibrahim untuk menyertai parti tersebut secara 'bersekutu'.

Zaid Ibrahim akan dipertaruhkan di Perak oleh DAP dan janji kepada Zaid Ibrahim ialah, sekiranya Pakatan menang di Perak dalam PRU13 nanti, Menteri Besar Perak adalah Zaid Ibrahim, bukan lagi Nizar Jamaluddin yang dilihat dan dianggap sebagai satu liabiliti dek kerana meroyan yang belum sembuh.

Pastinya, musuh utama Azmin Ali itu tidak akan menolak tawaran lumayan yang diberikan oleh DAP kepadanya. Apatah lagi, semenjak dia keluar dari PKR kerana merajuk, Zaid Ibrahim sebenarnya semakin lama semakin pupus. Dia memerlukan sesuatu untuk menaikkan namanya kembali.

Manakala DAP pula amat memerlukan calon-calon Melayu yang membolehkan parti itu menguasai jawatan Menteri Besar. Biarpun Zaid Ibrahim orang Kelantan, dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak pula, mungkin menghalang Zaid daripada menjawat jawatan tersebut sekiranya DAP menang majoriti, namun itu bukanlah perkara besar.

Yang pastinya, Zaid Ibrahim memang boleh dibeli dengan harga yang amat murah!


0 comments:

Blog Archive

Labels