1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, October 1, 2012

BORANG BRIM 2 DAH KELUAR, PENYOKONG PAKATAN TAK MAHU MENDAHULUI KE?

Monday, October 1, 2012
Masa BRIM pertama dahulu, orang Pakatan lah yang paling sibuk dan paling cekap. Tak cukup borang original, borang fotostat yang diedar-edarkan di kalangan puak-puak mereka.

Kali ini nampaknya perkara yang serupa juga akan berulang. Walaupun ada juga yang cuba nak buat lawak kononnya wang BRIM adalah wang haram dan rasuah, namun mereka jugalah yang paling ke hadapan untuk mengambil wang BRIM.

Cuma kali ini ada lawaknya. Penulis sendiri berbual dengan seorang taukeh kedai akuarium yang telah lama penulis kenal di Jalan Hulu Kelang petang tadi.

Kata apek itu, apa yang kerajaan lakukan sekarang sebenarnya adalah yang terbaik. Tapi ada pihak yang cuba tunjuk lagak dan cuba nak timbulkan persepsi tentang dari mana kerajaan dapat duit untuk diberikan kepada rakyat.

"Bagi pun salah. Tak bagi pun dikata juga," ujar apek kedai akuarium itu.

Kata apek itu lagi, yang paling kuat melalak itulah juga yang paling ke hadapan beratur dan cuba untuk mendapatkan wang BRIM.

"Cakap tak serupa bikin semuanya."

Penulis tak kata apa-apalah tapi kalau berdasarkan pengalaman penulis sendiri, puak-puak ni akan sanggup mengaku mereka bergaji rendah sungguhpun di hadapan rumah masing-masing ada dua buah kereta yang bayaran bulanannya lebih tinggi dari had yang ditetapkan oleh kerajaan. Dan mereka inilah yang paling cekap cari borang...

Alasannya... DUIT KERAJAAN DUIT RAKYAT!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments:

Anonymous said...

Memang la duit kerajaan duit rakyat...BODOH

Blog Archive

Labels