Demi untuk kemenangan kononnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat menghalalkan malah mempertahankan hubungan serta kerjasama dengan DAP. Malah lebih menghairankan lagi ialah apabila Nik Aziz tidak tahu mengapa orang-orang PAS sendiri menyatakan bahawa PAS telah lari daripada perjuangan asalnya.
Ketika merasmikan Pasar Syaidina Ali di Kok Lanas, Nik Aziz menyatakan bahawa dia tidak nampak yang DAP mengganggu dasar PAS. Malah Nik Aziz juga menyatakan kehairanan mengapa pemimpin-pemimpin veteran PAS melihat kemudaratan kerjasama dengan DAP sedangkan selama ini DAP tidak pernah mengganggu PAS dan PAS tidak mengganggu DAP.
Barangkali Nik Aziz sudah terlalu nyanyuk dan sudah buta huruf atau telinganya sudah ditulikan sehingga dia hanya mahu mendengar apa yang hendak didengar sahaja dan percaya dengan apa yang dipercayainya. Hakikat yang sedang berlaku tidak dihiraukan, bahkan menganggap segala kebenaran yang terserlah sekarang, tidak lebih daripada sebuah mimpi-mimpi ngeri ciptaan UMNO dan Barisan Nasional.
Bagaimana Nik Aziz boleh menyatakan bahawa DAP tidak mengganggu PAS?
Sudah beberapa kali DAP berjaya menghiris perasaan akar umbi PAS sendiri setiap kali para pemimpin PAS bercakap tentang Islam, undang-undang Islam, mahupun cabaran ummat. Belum lagi diperkirakan bagaimana melentingnya DAP apabila UMNO bercakap tentang Islam, malah sehingga sekarang, cerita bagaimana Tun Dr. Mahathir mengiktiraf negara ini sebagai Negara Islam, masih diulang-ulang dan kesalahannya diletakkan ke bahu MCA.
Benar MCA menentang Negara Islam dan hudud, tetapi suara MCA sayup-sayup sehinggakan DAP memperolok-olokkan MCA sebagai anjing suruhan UMNO yang menyalak apabila disuruh oleh tuannya. Sedangkan DAP pula sangat berbangga kerana PAS pula yang akan menyalak apabila disuruh menyalak dan menjilat apabila ditadah punggung atau tapak kaki DAP kepada mereka.
Kalau itulah yang Nik Aziz kata DAP tidak mengganggu urusan PAS mahu mengislahkan negara ini dengan dongengan kempen, tak tahulah apa lagi yang perlu diistilahkan kepada Nik Aziz....
SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM
0 comments:
Post a Comment