1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, October 17, 2012

MASUK PAS... MUSA HASAN SAHKAN!!!

Wednesday, October 17, 2012



Sebelum ini, Musa Hasan adalah individu yang cukup dibenci oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Apa fitnah yang tidak dilemparkan kepada Musa Hasan, sehinggakan gambar-gambar orang lain yang sekali imbas sepertinya sedang memotong kek perkahwinan dan menari pun dikatakan sebagai Musa Hasan dengan isteri barunya. Semuanya dilakukan untuk mencalarkan kredibilitinya ekoran samannya kepada Anwar Ibrahim dan peranannya dalam kes liwat Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.

Namun semalam, apabila Musa Hasan yang mungkin tidak faham dan arif dengan sepak terajang penipu seperti Anwar Ibrahim menarik balik samannya setelah diminta, dirayu dan dimohon oleh Anwar Ibrahim, serta-merta para penyokong Pakatan Rakyat membuat khabar angin kononnya Musa Hasan akan menyertai PAS seperti bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari.

Hari ini, Musa Hasan telah menafikan khabar-khabar angin tersebut malah menegaskan yang dia lebih selesa dengan tidak menyertai mana-mana parti, atau dengan kata-kata lain sebagai pengundi bebas yang tidak terikat dengan sentimen kepartian apabila hendak mengundi.

Apalah nak jadi dengan para penyokong Pakatan Rakyat?

Musa Hasan digembar-gemburkan hendak masuk PAS dan kata sebilangan daripada mereka, semakin ramai bekas pegawai-pegawai tinggi polis yang akan menyertai parti tersebut sekaligus akan membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sekaligus memerintah negara ini. Modal mereka hanyalah Fauzi Shaari.

Malangnya pada masa yang sama, ketegasan yang ditunjukkan oleh Hasan Ali dan ikrar yang diberikan oleh Shahnon Ahmad yang merupakan bekas dan masih lagi ahli PAS untuk bersama-sama PAS pula, dianggap sebagai satu lakonan yang dibayar oleh UMNO semata-mata.

Ia sekaligus menunjukkan bagaimana terdesaknya para penyokong PAS untuk mencari dahan yang kukuh untuk berpaut sepertimana mimpi-mimpi indah yang diciptakan oleh ahli-ahli baru PAS seperti Fauzi Shaari yang kononnya kerjasama antara PAS dan DAP telah menyebabkan suasana di dalam negara lebih aman dan harmoni.

Sama ada mereka sedar atau tidak, hubungan antara kaum di Malaysia sekarang... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments:

Blog Archive

Labels